Sukan air 'waterski & wakeboard' semakin mendapat tempat dan liputan didada akhbar popular, semalam keluar berita Utusan Malaysia ulasan penuh kemajuan sukan ini sejak diadakan 'round 1' bulan Mei dan 'round 2' bulan Jun lepas. Jelas sekali sukan ini maju kehadapan, turut dimuatkan komen positif dan membina dari coach tempatan Philipa Yoong dari MWSF dan coach serta top 10 dunia acara wakeboarder profesional Padiwat Jeamjan berasal dari Thailand dan Larry Gisler dari Chile juga wakil IWSF yang pernah melatih para skiers dan wakeboarding negara. PETRA merasa bangga salah seorang skier/wakeboarder Putrajaya/Malaysia iaitu Hadi Irfan menjadi salah seorang 'harapan negara'untuk menjadi juara masa depan. Dengan reputasinya yang cemerlang setakat ini telah memberi semangat yang membara bagi PETRA untuk mencari bakat baru skiers Putrajaya agar Hadi Irfan tidak bersendirian dalam bersaing peringkat Nasional dan antarabangsa kerana rata-rata para skiers 'national squad' datangnya dari Selangor dan Kuala Lumpur.

