



Sekarang ini hanya seorang wakil Putrajaya yang mewakili Malaysia serta berjaya dalam sukan air ini yang baru diperkenalkan pada awal tahun ini, Hadi Irfan yang cemerlang pada pusingan pertama dan kedua menduduki ranking tempat pertama untuk kategori bawah 10 tahun telah bergerak bersendirian tanpa penajaan tertentu. 'Round 1' disertai dari 10 negara dari rantau ini dan Eropah, USA serta Benua Afrika. Sukan ini dikelolakan oleh MWSF dan WWWC merancang anjurkan 4 kali setahun, pusingan 3 pada bulan Oktober dan pusingan ke 4 serentak dengan 'Putrajaya Worldcup Championship' pada bulan November. Sukan ini lebih extrem dan mencabar kerana memerlukan kekuatan mental, fizikal serta skill yang tinggi, terdapat 4 acara yang berlainan dan amat sukar untuk menguasai keempat-empat sekali gus. Hadi menguasai dengan baik acara 'Slalom' dan 'Wakeboard', manakala 'Tricks-Ski' baru bermula dan 'Jump' belum bermula. 2 kejohanan lepas sungguh meriah dan 'happening', ribuan penonton telah datang menonton dalam tempoh 3 hari tersebut. Dengan adanya persatuan mudahan dapat mencari penaja bagi mencari bakat baru dalam sukan air yang dianggap berkos tinggi ini. Status Hadi Irfan sekarang adalah dalam 'National Squad' dalam pembikinan Juara masa depan bersama 20 peluncur yang lain.
Apa yang menarik berlaku ikatan yang rapat antara anak, ibu-bapa, MWSF dan WWWC. Boleh dianggap 'sukan keluarga' kerana ibu-bapa dijemput sama menjadi urusetia, pegawai kejohanan, kursus pengadilan, juruacara, menaiki bot MC & bot wakeboard, kendalian bot, jualan cerderamata dan lain-lain, pendekata tiada jurang antara pengelola sukan dan ibu-bapa. Suasana ini amat diterima dan cukup mengembirakan semua pihak tanpa ada rasa ragu-ragu, was-was dan dilaksanakan secara telus dan profesional. Pengadilnya berkecuali dijemput khas dari Indonesia, Singapura, UK, Chile dan Hong Kong.
Perbincangan dan keputusan dasar telah dipersetujui antara persatuan dengan CEO WWWC, dan perkembangan positif telah berpihak pada persatuan yang akan diumumkan pada AJK PETRA dalam tempoh terdekat ini.



