Rabu, 22 Julai 2009

Tanggungjawab & Peranan J/Kuasa Kerja PETRA

J/Kewangan
Bertanggungjawab mencari sumber pendapatan untuk persatuan samada melalui agensi kerajaan, swasta atau sumber lain melalui perniagaan atau partnership persatuan. Merancang perbelanjaan untuk kedua-dua aktiviti untuk dilaksanakan oleh J/kuasa Pembangunan untuk tahun 2009 dan 2010.

J/Kuasa Pembangunan
Bertanggungjawab merangka, merancang, menyusun program persatuan melalui latihan dan pertandingan peringkat tempatan, kebangsaan atau luar negara.

J/Kuasa Teknikal & Pemilihan
Bertanggungjawab melatih dan memerhati prestasi & disiplin atlit, melaksanakan program kejurulatihan dan latihan atlit lama dan baru, menjaga dan menyelenggara jentera dan perkakasan yang berkaitan, memilih atlit untuk mewakili Putrajaya untuk peringkat kebangsaan.

Lain-lain J/Kuasa akan dibentuk mengikut keperluan dan perkembangan aktiviti yang akan dilaksanakan kelak. Pasukan PETRA dianggotai oleh ahli-ahli yang saya percaya dapat membantu kelancaran setiap program yang dilaksanakan, 4 orang dari Perbadanan Putrajaya dari Jabatan Audit Dalam, Bahagaian Tasik & Wetland serta Bahagian Penguatkuasa, seorang dari Polis Trafik,Polis Marin dan Jab. Bomba & Penyelamat (Bhg Keselamatan Tasik),yang lain-lainnya terdiri dari usahawan, swasta, pemandu, bekerja sendiri dan suri rumah.

Setiausaha PETRA telah memaklumkan permohonan surat sokongan dari PESUAM masih dalam proses pertimbangan dan pemerhatian pihak PESUAM, perkembangan ini telah dimaklumkan pada pegawai Pesuruhajaya Sukan semalam melalui e-mail.