Hari ini 16/7/09(Khamis) seperti yang dijanjikan, saya pegi ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan berjumpa pegawai PPS diantara jam 12.45 - 1.00 tgh. telah menyerahkan 2 salinan perlembagaan yang telah dipinda berkaitan Fasal 6 dan 15, satu salinan asal surat sokongan daripada Perbadanan Putrajaya, satu salinan surat kepada PESUAM untuk mendapatkan sokongan penubuhan persatuan. Surat asal kepada PESUAM hantar menggunakan pos laju dan dijangka akan diterima esok oleh PESUAM.
InsyaAllah semua syarat hampir dipenuhi kecuali menunggu surat sokongan dari PESUAM sahaja. Setelah semua kriteria telah lengkap, permohonan PETRA akan dibawa ke Mesyuarat PPS untuk kelulusan kemungkinan dalam tempoh 2 minggu lagi.