Rabu, 15 Julai 2009

Progres Pendaftaran Persatuan

Setelah pendaftaran persatuan selama lebih seminggu, semalam saya mendapat panggilan dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan memaklumkan perlu pembetulan pada perlembagaan Persatuan di fasal 6 dan fasal 15. Percakapan melalui telefon dan susulan dengan email telah menjelaskan perkara yang perlu dipinda. Saya juga dimaklumkan PETRA perlu mendapat surat sokongan daripada Persatuan Sukan Air Bermotor Malaysia (PESUAM) untuk proses kelulusan. Surat mohon sokongan telah difaks kepada PESUAM dan PPS pagi tadi dan surat salinan asal akan di pos segera esok. Pindaan perlembagaan juga akan saya kemukakan semula pada tengahari esok untuk kelulusan segera InsyaAllah seperti yang dijanjikan oleh pihak Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

Terima kasih kepada Sdr. Aidi yang telah memberi info rekabentuk boat RIB dan kostingnya sekali dari syarikat luar negara untuk buat perbandingan, penilaian serta mendapat ilmu pengetahuan yang lebih meluas berkenaan boat RIB yang dimaksudkan. Teruskan usaha murni tersebut untuk kebaikan persatuan.