Jumaat, 31 Julai 2009
'API' dah nak tinggal 'BARA'
Entah dimana silapnya PESUAM masih 'membisu' mengeluarkan surat sokongan pada PETRA untuk menubuhkan persatuan, dah lebih dua minggu, jumaat hari ini merupakan jumaat ke tiga, surat sokongan masih belum menyusul kepada PETRA mahupun Pesuruhajaya Sukan, walaupun Selasa lepas pegawai Pesuruhjaya Sukan telah menghubungi S/U PESUAM en. Ahmad Fairuz mengatakan akan menyokong tapi masih belum menampakkan hasilnya. S/U PETRA telah pun menghubungi juga pejabat PESUAM tapi gagal bercakap dengan pegawai yang terlibat. Suasana ini kadang-kadang mengubah 'mood' dan semangat AJK PETRA, pada awalnya 'berapi-rapi' tapi sekarang dah nak tinggal 'bara'. Kalau persatuan kebangsaan begitu perlahan jadi persatuan negeri lagilah tidak bertenaga hendak memecut. Harap-harap dapat surat tersebut pada awal minggu depan supaya tidak terlepas mesyuarat PPS yang telah ditunda sepatutnya diadakan pada minggu ini, kalau tidak kena tunggu sebulan lagi baru permohonan PETRA dapat proses dan diluluskan.