Ahad, 5 Julai 2009

PETRA berazam dan berwajah baru

PETRA telah berwajah baru seiring dengan visi dan misi persatuan untuk mengerakkan aktiviti sukan air bermotor 'formula future' sejak tahun lepas,dengan azam meningkatkan prestasi dan kreadibiliti antara pasukan disegani oleh kawan dan lawan. Setelah mendapat lampu hijau sukan SUKMA di Melaka telah memasukkan acara Formula Future, persatuan dengan gigih sedang mempergiatkan usaha memperkasakan pasukan dengan menubuhkan persatuan secara sah agar dan berazam mempunyai kemudahan jentera bot RIB V dan U type sendiri untuk para pilot Putrajaya. Setakat ini persatuan mempunyai sokongan padu dari Majlis Sukan Wilayah dan Perbadanan Putrajaya secara dasarnya telah melihat kejayaan pasukan Putrajaya pada tahun lepas dan lebih-lebih lagi amat cemerlang pada tahun ini dimana 4 orang pilot utama dan 2 simpanan berjaya mewakili negara ke Kejohanan Dunia St Petersburg, Russia. Malangnya Malaysia menarik diri kerana kebimbangan wabak Influenza A H1N1 sedang melanda seluruh dunia sekarang.

Perlantikan 10 orang AJK yang baru dilihat sebagai team wawasan untuk kemajuan sukan air bermotor ini agar lebih segar, bersih dan tidak berkepentingan tertentu setelah pengalaman setahun lalu dapat memperlihat ada individu cuba mendominasi persatuan dan memburukkan pemimpin persatuan serta menubuhkan sendiri persatuan untuk menafikan persatuan penaja yang telah bekerja keras demi pilot-pilot Putrajaya, tanpa segan silu mengaku kejayaan Putrajaya adalah jasa beliau seorang seolah-olah menafikan penajaan pelbagai pihak dan insentif MSWP RM38,450.00 untuk aktiviti 2008/09 hasil penat lelah pemimpin persatuan penaja tidak dihargai lansung. Hakikatnya kejayaan Putrajaya kerana tahun ini fokus pada 15 orang pilot sahaja berbanding tahun lalu hampir 50 orang, oleh itu pilot mendapat lebih 'water time' walaupun latihan intensif hanya bulan April sahaja setiap Sabtu dan Ahad. Kejayaan Putrajaya juga adalah kesungguhan dan disiplin anak-anak Putrajaya yang gigih, hasil dorongan dan sokongan moral dari ibu-bapa masing-masing yang banyak berkorban masa dan tenaga dan bukannya dari individu tertentu kononnya berpengaruh seperti yang didakwa. Yang menyedihkan lagi persatuan penaja telah 'dilarang' dan 'diarahkan' tutup berpersatuan kerana beliau mendakwa telah menubuhkan persatuan yang sah disisi undang-undang. Sungguh menghairankan dan bercita-cita besar, sedangkan sejak 2004 - 2007 tidak terlintas lansung untuk berpersatuan demi menjaga kebajikan anak-anak Putrajaya, pengaruh kekayaan tidak dapat membeli segala-galanya. Yang penting kejujuran, percaya mempercayai, keikhlasan dan hormat menghormati antara rakan-rakan itulah aset terpenting untuk memajukan persatuan. Tindakannya dilihat seperti nampak lokasi 'lubuk' dan secara tergesa-gesa takut kena potong jalan, tanpa bertanya telah tersilap beli jaring untuk atas darat bukannya beli jala untuk dalam air. Kalau hanya jaring dan jala tidak dapat dibezakan, mampukah beliau memimpin persatuan pada laluan dan persimpangan yang betul?