Ahad, 6 Julai 2008

Skodeng Latihan Pusat






Ibu-bapa tidak dibenarkan mendekati semasa latihan pusat berjalan, ini adalah salah satu langkah mendisiplinkan pilot-pilot negara dengan menanamkan semangat patriotik untuk mencipta kemenangan peringkat antarabangsa. Semalam 5/7/08(sabtu) jam 4.00 ptg. sempat saya skodeng dari jauh dengan kamera Zoom saya di Taman Botani. Dari jauh saya boleh mendengar pekikan Malaysiaaa..bolehh!! semasa dalam bot saya juga terkejut anak saya Hadi Irfan menjerit..Bolehh!! dengan suara begitu kuat dan lantang boleh didengar dari jarak 100 meter dalam tasik terbuka, kami sekeluarga terkejut dalam masa yang sama bangga perubahan yang berlaku pada dirinya, baik juga latihan mental dan fizikal dari pagi hingga ke petang boleh menanamkan sifat 'lelaki sejati' maklumlah Hadi Irfan sifatnya kat rumah yang manja dan baik hati dan selalu mengalah, ditambah lagi kawan-kawan sejiran sebaya terdiri dari kaum perempuan. Saya sempat menyaksikan juga Mohd Faris sorang lagi pilot dari WP sedang berlatih, semoga mereka berdua mendapat pengalaman dan skill yang lebih baik dan mantap mudah-mudahan membawa pingat untuk negara. InsyaAllah!!