Selasa, 1 Julai 2008

Harapan Dan Masa Depan Formula Future WP

(E-mail saya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan pada 26 Jun 2008)

Asslamualaikum Tuan,

Saya mohon jasa baik tuan supaya melihat, menilai serta mempertimbangkan dengan sewajarnya suasana sukan air bermotor Formula Future ini semakin hari semakin berkembang, 2 tahun lagi mungkin menjadi sukan teras negara, 4 tahun lagi mungkin menjadi sukan Olimpik setelah apa yang telah dilaksanakan demonstrasi di SUKMA Terengganu dan di Sukan Olimpik pada bulan Ogos depan seperti yang diumumkan oleh media. Saya telah terlibat dengan sukan ini sejak tahun 2006 lagi, pada masa itu saya lihat sukan ini hanya sukan rekreasi sahaja, belum dinaik taraf dan popular seperti sekarang, malah sejak tahun 2004 hingga 2007 maklumat yang saya perolehi para pilot Wilayah Persekutuan belum pernah mendapat apa-apa insentif dari badan sukan kerajaan. Sebelum persatuan penaja ditubuhkan, saya banyak mendengar rungutan dari ibu-bapa kerana tiada bantuan galakan diterima dari badan sukan, malah sehingga hari ini pun saya masih mendengar keluhan-keluhan dan panggilan telefon membandingkan kerajaan negeri lain yang memberikan imbuhan insentif galakan yang agak besar terutamanya Terengganu. Yang pernah diadakan adalah cuma penyampaian sijil kecermelangan sukan dan jamuan keraian oleh Jabatan Pelajaran. Saya tidak menyalahkan badan sukan, malah ibu-bapa juga, apa yang saya lihat ibu-bapa kurang arif kemana harus dituju untuk mengadu nasib. Allahamdulillah sejak saya berkenalan dengan en. Azman saya sudah nampak perkembangan positif dan masa depan cerah Formula Future Wilayah Persekutuan mungkin sudah berada dilaluan yang betul. Saya amat berharap tahun ini menjadi tahun permulaan yang ceria dan cemerlang buat pilot-pilot Formula Future WP. Mudahan-mudahan pihak tuan terus perjuangkan nasib dan kebajikan para pilot-pilot dengan memberikan imbuhan insentif sebagai galakan, sokongan moral dan motivasi untuk terus mewakili WP. Sejak 2006 Wilayah Persekutuan sedikit demi sedikit telah ketandusan juara dunia berbanding 2004 dan 2005. Saya tidak mahu tiada galakan insentif menjadi penyebab, kekurangan jentera sendiri faktor terbesar ketandusan juara kerana mengharap ehsan H2O Sports sahaja. Bagaimanapun insentif ini tidak dapat dielak kerana ibu-bapa akan buat perbandingan juga dengan negeri-negeri lain. Kekecewaan ibu-bapa akan berkait dengan anak-anak juga nanti, walaupun hakikat sebenarnya anak-anak tidak ambil tahu apa-apa kerana apa yang mereka focus berlumba hanya untuk kemenangan.

Saya mohon mencadangkan supaya pihak tuan iaitu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan mengambil pendekatan-pendekatan seperti berikut:-
1) Majlis pengiktirafan ke atas bekas-bekas juara dan yang baru mewakili negara dipentas yang bersesuaian agar anak-anak kecil wilayah ini merasai dihargai dan mendapat sokongan moral dari belakang oleh ibu-bapa dan badan sukan kerajaan.
2) Memberikan insentif dalam bentuk kewangan kepada pemenang-pemenang di SUKMA XII Terengganu baru-baru ini sepertimana yang diterima oleh lain-lain jenis sukan.
3) Memberi insentif dalam bentuk kewangan kepada pilot-pilot WP yang mewakili negara ke Italy pada bulan depan.

Saya amat faham cadangan-cadangan ini tertakluk kepada keputusan peringkat tertinggi serta kemampuan pihak Majlis Sukan WP, saya bagi pihak ibu-bapa hanya memberi cadangan sepertimana yang telah dipersetujui bersama semasa pertemuan-pertemuan sebelum ini. Saya berharap pihak tuan dan pihak persatuan penaja terus berhubung demi kemajuan sukan air bermotor ini, kerjasama erat dan perkhidmatan cemerlang tuan semasa SUKMA XII dalam membantu persatuan penaja baru-baru ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Ribuan terima kasih dan syabas diucapkan.

Sekian, terimak kasih.

MOHAMED RAHAIZAH B. MAT SAMAN
Pengerusi Penaja
Persatuan Formula Future WP
019-3091848