Selasa, 1 Julai 2008

Pertemuan Dgn Jab Belia Dan Sukan WP

Pertemuan saya dengan Puan Hanipah, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan semalam 30/6/2008 dalam suasana mesra dan menarik, turut serta En. Sazali Penolong Pegawainya memang cukup membantu dan membuahkan sesuatu. Saya tabik hormat pada kedua-dua mereka ini sangat-sangat membantu dan faham isi hati serta masalah kebajikan anak-anak dan ibu-bapa Formula Future selepas penerangan lebar yang saya berikan. Walaupun apa yang saya pohon semasa pertemuan tidak dapat ditunaikan kerana masalah polisi dan peruntukkan, sikap prihatin beliau cuba membantu membuat surat sokongan kepada Kemeterian Belia Dan Sukan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur amat saya hargai. Malah beliau sanggup membantu serta menyokong mendaftarkan persatuan protem ini kepada Pesuruhjaya Sukan, setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Puan Hanipah dan Encik Sazali yang memahami demi memertabatkan kemajuan sukan Wilayah Persekutuan. Saya akan terus berhubung untuk mempercepatkan penubuhan persatuan selepas selesai urusan kebajikan pilot-pilot dan ibu-ibu yang terlibat untuk ke Italy telah selesai. Samada membuahkan hasil atau sebaliknya hanya Allah s.w.t. saja maha mengetahui, dalam masa yang sesingkat ini saya telah berusaha sedaya mungkin untuk mencapainya.