10 orang pilot yang terpilih mewakili Malaysia termasuk 5 orang pilot simpanan telah masuk kem latihan pusat di Kompleks Rakan Muda, Puchong pada 28/6/08(Sabtu) yang lepas. Mereka akan menjalani latihan intensif selama 10 hari sehingga 10 hb Julai depan sebelum bertolak ke Italy pada 13hb Julai berikutnya. Taklimat pada ibu-bapa telah diadakan bermula jam 4.30 petang, disusuli pula taklimat pada para pilot negara kemudiannya.
Satu detik yang mencuit hati saya berlaku ketika sesi taklimat diadakan pada pilot-pilot, dimana ketua jurulatih Tuan Syed Hamid telah bertanya usik-usik pada pilot-pilot yang sedang kusyuk mendengar sesi taklimat tersebut dengan persoalan berikut,..aaa..ada tak sesiapa disini yang menghisap susu botol? Ada tak sesiapa dsini yang kadang-kadang kencing malam?...sambil pertanyaan diajukan Tuan Syed menjeling pada anak saya Hadi Irfan. Anak saya dengan muka sardin dan slambalandnya buat dekk je, padahal soalan tersebut sebenarnya ditujukan pada beliau kerana saya pernah menceritakan pada Tuan Syed beberapa ketika dulu. Agaknya soalan dan reaksi Tuan Syed dgn anak saya dapat dihidu oleh adik Mohd Faris lalu diceritakan pada isteri saya, lalu saya dan isteri tergelak sakan!! Sesiapa yang membaca harap jangan pecah tembelang Hadi Irfan kut-kut nanti dia merajuk tak nak pergi Italy...kesian budak cute tuu..
Gambar-gambar lain sila lawat http://rohaizad63.fotopages.com/