Selasa, 8 Julai 2008

Pentingnya Penglibatan Kementerian Pelajaran

Malam tadi jam 10.45 mlm dikedai mamak Prc. 9 saya berbincang santai dengan Tun Faisal iaitu Pegawai Khas Menteri Pelajaran M'sia. Peluang yang ada saya telah usulkan supaya Kementerian Pelajaran perlu memainkan peranan lebih untuk membantu para pilot Putrajaya yang juga terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Apa yang saya cadangkan supaya para pilot ini perlu diberi pengiktirafan dan sumbangan yang sewajarnya berdasarkan kejayaan cemerlang dalam sukan Formula Future di Putrajaya. Saya lebih cenderung kalau diberikan insentif dalam bentuk kewangan bagi status wakil negara atau negeri. Saya juga akan mengemukakan kertas kerja nanti supaya YB Menteri Pelajaran dapat menyumbangkan dua unit bot untuk kegunaan latihan para pelajar sekolah Putrajaya yang semenangnya memiliki kemudahan tasik yang cantik dan indah ini. Harapan saya pendaftaran persatuan dapat dipercepatkan kerana terdapat beberapa perkembangan positif untuk kemajuan sukan Formula Future ini.