Isnin, 21 Julai 2008

Malaysia Juara Dunia 2008!

Syukur dan tahniah buat team Malaysia yang bangkit dari kekecewaan acara Manoeuvring pd hari Sabtu yg. ketinggalan dari team Jerman akhirnya meyapu 8 pingat emas kesemuanya yang diperolehi dari acara Manouevring, Slalom dan Overall. 3 orang juara keseluruhan menjadi juara dunia! Mereka yang bertuah ialah Zaffre Ammar kelas 1, Haniff Ramli kelas 2 dan Nik Danniel dari kelas 3. Pingat Juara Keseluruhan(Overall) 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Hampir kesemua kelas memperolehi pingat kecuali kelas 4, dimaklumkan pilot kita dari kelas 4 gagal kerana banyak mata penalti dikenakan, walau apa pun saya percaya mereka telah mencuba yang terbaik mungkin tapi hanya nasib tidak menyebelahi. Terima kasih pada orang kuat H2O Sports yang menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak Malaysia menjadi juara Dunia buat kali ke 4. Terutama Tn. Syed Hamid selaku ketua Jurulatih yang menjadi bapa, pembimbing, pendorong, pencetus idea teknik dan tektikal secara serius dalam kariernya yang dicurahkan pada pilot-pilot yang amat disayanginya. Syabas juga pada sdr. Fairuz selaku pengurus pasukan yang sentiasa menjaga kebajikan dan sensitif dengan keperluan pilot-pilot. Tak lupa jurulatih-jurulatih lain yang berdedikasi Sir Mad, Sir Zali dan Sir Khairul yang sentiasa bekerja keras tidak kira siang-malam, berpanas dan berhujan dalam tasik untuk memastikan anak-anak Malaysia dalam keadaan bersedia dan terbaik. Terima-kasih. Kami akan menanti kepulangan anda semua dari Italy dengan penuh kebanggaan dan kemeriahan kerana sekali lagi telah mengharumkan nama negara! Syabas! Syabas!