Selasa, 29 Julai 2008

Berita Dari AgendaDaily










Perdana Menteri bangga dengan kejayaan pasukan Formula FutureJuly 25, 2008 : 02.08 AM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu kejayaan cemerlang yang dicapai oleh pasukan Formula Future negara di peringkat antarabangsa diteruskan dan tidak hanya terhenti pada satu peringkat sahaja. Pasukan Formula Future Malaysia telah menjuarai Kejohanan Dunia Formula Future di Ravenna, Itali yang berlangsung pada 18 hingga 20 Julai lepas, buat kali keempat. Pelumba negara yang berumur antara lapan hingga 18 tahun berjaya memungut tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa. Perdana Menteri yang berbangga dengan kejayaan tersebut berkata adalah menjadi tanggungjawab Persatuan Formula Future Malaysia untuk memastikan kejayaan itu berkekalan. "Ini bergantung kepada persatuan, kejayaan ini mesti diteruskan dan mesti ada anak-anak muda yang muncul kerana mereka ini tidak selamanya muda tetapi akan dewasa. "Dan apabila dewasa nanti, mereka akan pilih sukan yang mereka minat untuk menjadi wira di peringkat itu. Jadi mesti ada ganti anak muda dalam umur persekolahan ini yang membanggakan," katanya ketika meraikan pasukan Formula Future negara di kediaman rasminya di Seri Perdana, di Putrajaya Khamis. Bernama melaporkan turut hadir di majlis itu ialah isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaacob dan Presiden Formula Future Senator Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee. Anggota pasukan tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini. Abdullah berkata peluang mesti diberikan kepada semua peringkat umur dan tidak tertumpu kepada golongan dewasa sahaja. "Beri peluang kepada mereka bukan sahaja dalam bidang pelajaran tetapi juga dalam bidang sukan. Ini yang kita tidak terfikir iaitu menjadi wira dalam usia yang begitu muda," katanya. Perdana Menteri berkata kejayaan pasukan negara itu adalah sesuatu yang jarang berlaku dan rakyat harus berbangga kerana mereka menjadi wira di peringkat antarabangsa. "Ini hanya berlaku di negara kita dan empat kali menang. Ini yang bagus. Harap Syed Ali pastikan kejayaan ini berterusan," katanya. Beliau juga berkata kejayaan mereka boleh menjadi contoh kepada atlet lain untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Abdullah berkata usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan dalam membuat persediaan dari segi mental dan fizikal serta mempunyai azam dan semangat yang tinggi untuk mencapai sesuatu matlamat. "Mereka mesti sentiasa memusatkan perhatian mereka kepada apa yang mereka mahu berjaya, agar mendapat kejayaan, itu caranya. "Bukan mereka tak boleh, kenapa ada yang boleh. Jadi, kita mahu semangat ini pada semua. Kita mahu kejayaan ini dikejar oleh semua. "Kejayaan anak-anak ini (pelumba) boleh menjadi satu contoh. Ini yang perlu difahami dan diketahui dan juga perlu menjadi ikutan kepada pasukan-pasukan lain," katanya. Jeanne kemudiannya mengalungkan bunga kepada anggota pasukan tersebut.
Sementara itu Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam menghadapi persaingan hebat di persada sukan dunia, Malaysia tidak boleh mengharap kejayaan tanpa proses untuk memupuk atlet mudanya sendiri. Timbalan Perdana Menteri berkata pendedahan atlet muda terhadap persaingan di peringkat global sejak kecil lagi adalah penting agar mereka boleh menjadi juara dunia kelak. Proses memupuk atlet itu adalah persediaan yang penting dalam sukan, katanya ketika menerima kunjungan pasukan Formula Future Negara di pejabatnya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, berkata kerajaan bangga dengan pencapaian anak muda tempatan menjuarai Kejohanan Formula Future Dunia di Ravena, Itali, Ahad lepas. Kejayaan itu, katanya , menunjukkan Malaysia mampu mengetengahkan bakat kecil di persada sukan antarabangsa. Formula Future merupakan sukan bot laju membabitkan atlet berumur antara lapan tahun dan 18 tahun. Mengenai pesanannya kepada kontingen Malaysia ke Sukan Olimpik di Beijing, Najib mengajak seluruh rakyat mendoakan kejayaan mereka. "Bukan mudah untuk memenangi pingat Olimpik, saya harap mereka akan cuba sedaya-upaya," katanya. Pada majlis itu, Najib turut memotong kek hari jadinya. "Tiada lilin. Sangat diplomatik. Umur rahsia," katanya sambil berseloroh.- 24/7/2008

Sabtu, 26 Julai 2008

Pulang Ke Pangkuan Ibu-Bapa











Selepas 11 hari (13-24/7) akhirnya pada 24/7 pilot-pilot negara pulang ke pangkuan ibu-bapa dengan penuh kebanggaan status sebagai Juara Dunia, anak-anak dijemput di Taman Warisan Pertanian Prc 16, Putrajaya jam 10.20 pagi selepas perjumpaan dengan TPM Dato' Seri Najib Tun Razak dikediamannya yang berhampiran. Suka-duka dan pengalaman manis dikongsi bersama oleh ibu-bapa dan H2O Sports, yang ketara perkenalan dan hubungan erat terjalin antara ibu-bapa dan anak-anak, itulah kelebihan spiritual dalam sukan ini berbanding sukan-sukan lain. Terima kasih pada H2O Sports yang menjaga serta melatih anak-anak kami dengan cemerlang sehingga mengharumkan nama negara. Syabas, tahniah dan terima kasih, semoga Allah s.w.t sentiasa memberi kesihatan, perlindungan dan kejayaan pada masa akan datang pada semua orang yang terlibat dengan ikhlas dalam sukan ini.
Lain-lain gambar boleh dilihat di http://rohaizad63.fotopages.com/


Wira Negara Pulang Dari Italy

Wira-wira negara telah tiba dengan selamat diKLIA pada 24/7 pada jam 7.28 pagi, mereka disambut oleh Datuk Wira Syed Ali Alhabshie, H2O Sport dan Ibu-bapa yang menunggu sejak jam 6 pagi. Tidak lama 5-10minit mereka terus berlepas dengan bas khas diiringi polis trafik menuju ke kediaman PM dan TPM di Putrajaya.








Isnin, 21 Julai 2008

Berita Terkini Utusan Online


Formula Future: Malaysia kekal juara dunia
21/07/2008 2:26pm

Pasukan Malaysia meraikan kejayaan mempertahankan gelaran juara dunia.

KUALA LUMPUR 21 Julai – Pasukan Formula Future Malaysia berjaya mempertahankan gelaran juara dunia Kejohanan Formula Future Dunia di Ravenna, Itali buat kali ke empat hari ini.
Pasukan Malaysia berjaya mengalahkan enam negara dari Eropah termasuk Jerman, Itali, Slovakia, Great Britain, Rusia dan Rep. Czech.
Keseluruhan, pilot negara mengumpul 2,200 mata mengalahkan saingan terdekat Jerman yang hanya berjaya mengutip 2,069 mata di depan Itali (1,544).
Pada persaingan kali ini, sebanyak 52 pilot telah mengambil bahagian di mana pasukan negara menghantar 10 pilot yang berjaya merangkul Jumlah tiga emas, perak (2) dan gangsa (1).
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Presiden Union Internationale Motonautique (UIM), Dr. Raffaele Chuilli.
Pengurus Pasukan Formula Future Malaysia, Ahmad Fairuz berkata, kesemua pilot-pilot negara telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.
"Saingan tahun ini sangat sengit, pihak kami terpaksa berkerja lebih keras bagi memastikan juara keseluruhan milik Malaysia. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah bersama-sama mendoakan kejayaan kami," katanya..
Senarai pungutan pingat Malaysia di Kejohanan Dunia Formula Future 2008
Nama Pilot: Muhammad Zhafree Ammar Mohd. Zamry
Kelas: 1
Kutipan Mata: 700
Pingat: Emas
Nama Pilot: Hadi Irfan Mohamed Rahaizah
Kelas: 1
Kutipan Mata : 471
Pingat: Perak
Nama Pilot: Muhamed Hanif Ramli
Kelas: 2
Kutipan Mata: 600
Pingat: Emas
Nama Pilot: Tengku Hanisah Nur Athirah Tengku Mohd. Zainal Abidin Petra
Kelas: 2
Kutipan Mata: 471
Pingat: Gangsa
Nama Pilot: Nik Daniel Affifudin Nik Kamaruzaman
Kelas: 3
Kutipan Mata: 700
Pingat: Emas
Nama Pilot: Muhammad Akmal Kamaluddin
Kelas: 5
Kutipan Mata: 453 mata
Pingat: Perak

Malaysia Juara Dunia 2008!

Syukur dan tahniah buat team Malaysia yang bangkit dari kekecewaan acara Manoeuvring pd hari Sabtu yg. ketinggalan dari team Jerman akhirnya meyapu 8 pingat emas kesemuanya yang diperolehi dari acara Manouevring, Slalom dan Overall. 3 orang juara keseluruhan menjadi juara dunia! Mereka yang bertuah ialah Zaffre Ammar kelas 1, Haniff Ramli kelas 2 dan Nik Danniel dari kelas 3. Pingat Juara Keseluruhan(Overall) 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Hampir kesemua kelas memperolehi pingat kecuali kelas 4, dimaklumkan pilot kita dari kelas 4 gagal kerana banyak mata penalti dikenakan, walau apa pun saya percaya mereka telah mencuba yang terbaik mungkin tapi hanya nasib tidak menyebelahi. Terima kasih pada orang kuat H2O Sports yang menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak Malaysia menjadi juara Dunia buat kali ke 4. Terutama Tn. Syed Hamid selaku ketua Jurulatih yang menjadi bapa, pembimbing, pendorong, pencetus idea teknik dan tektikal secara serius dalam kariernya yang dicurahkan pada pilot-pilot yang amat disayanginya. Syabas juga pada sdr. Fairuz selaku pengurus pasukan yang sentiasa menjaga kebajikan dan sensitif dengan keperluan pilot-pilot. Tak lupa jurulatih-jurulatih lain yang berdedikasi Sir Mad, Sir Zali dan Sir Khairul yang sentiasa bekerja keras tidak kira siang-malam, berpanas dan berhujan dalam tasik untuk memastikan anak-anak Malaysia dalam keadaan bersedia dan terbaik. Terima-kasih. Kami akan menanti kepulangan anda semua dari Italy dengan penuh kebanggaan dan kemeriahan kerana sekali lagi telah mengharumkan nama negara! Syabas! Syabas!

Keputusan Manoeuvring

Keputusan acara Manoeuvring Sabtu 19/7/2008,
Class 1
Zafree Ammar - 1st
Hadi Irfan - 7th

Class 2
Hanif Ramli - 2nd
Tg. Hanisa - 7th

Class 3
Nik Danial - 2nd
Zulhanif - 12th

Class 4
Khaire - 6th
Mohd Faris - 8th

Class 5
Syed Kazimi - 6th
Aqmal - 8th

Semoga anak-anak Malaysia menyerlah dalam acara Slalom dan bangkit semula dalam pungutan mata keseluruhan untuk mengatasi negara Jerman yang sedang mendahului.

Ahad, 20 Julai 2008

Komplot menjatuhkan Malaysia dengan knot test?




Komplot secara halal semalam untuk menjatuhkan team Malaysia seperti 2 tahun lalu sudah kelihatan, masakan 3 orang berpengalaman kecuali Hadi Irfan dan Zafree Ammar membuat kesilapan dalam knot test, lebih malang Tengku Hanisa berkeputusan 2 kesilapan, tak terfikir pun juara Dunia 2 kali dan kapten Malaysia Mohd Aqmal boleh tersilap knot test yang dihafalnya sejak 5 tahun pembabitannya dlm sukan ini. Penentuan mata secara subjektif ini amat tidak adil buat Malaysia dan akan rugi sekiranya markah keseluruhan terkumpul. 5 orang pilot Malaysia gagal dalam knot test berbanding hanya 1 dari negara-negara lain.Cukup menghairankan! Kedudukan terkini sejak semalam Malaysia masih berada kedudukan ke 2 dibelakang Jerman. Kita semua doakan kejayaan Malaysia hari ini dalam acara slalom, harap pilot dan jurulatih jangan lemah semangat perang saikologi yang dimainkan, dan pandangan saya diskriminasi dan mencemburui kehebatan orang Asia tetap wujud dihati mereka yang mempelopori sukan ini sejak sekian lama apatah lagi Malaysia sudah 3 kali menjadi juara dunia.

Jumaat, 18 Julai 2008

Team Negara Bertolak Ke Italy







Pada Ahad lepas 13/7/2008, jam 11.45 mlm. team Formula Future negara seramai 13 pilot telah berlepas ke Italy untuk mengalas cabaran demi mempertahankan kejuaraan Dunia buat kali ke 4. Kita semua doakan kejayaan mereka dengan membawa sebanyak mungkin pingat emas dan dan yang penting Piala Juara Dunia ke Malaysia. Mereka akan menjalani latihan free practise pada 18hb, 19 dan 20 merupakan hari pertandingan sebenar merebut kejuaraan. Untuk melihat suasana di airport KLIA dgn. lebih banyak gambar sila layari http://rohaizad63.fotopages.com/