Sukma XII Terengganu tinggal beberapa hari lagi, team Formula Future WP akan bertolak dengan bas dan berkonvoi dengan ibu-bapa dijadualkan 31 Mei (Sabtu) jam 10.00 pagi di Taman Botani. Penajaan bas untuk perjalanan pergi telah diusahakan oleh sdr xxxxxxxxxxx, manakala penajaan bas perjalanan balik ke Putrajaya telah diusahakan oleh xxxxxxxxxxx. Walaupun begitu persatuan masih tertunggu-tunggu sumbangan peruntukan yang dijanjikan oleh xxxxxxxx mungkin sekitar RMxxxx. Saya baru dapat info dari puan Suzana salah seorang ahli persatuan bahawa xxxxxxxxxxxxx telah bersetuju menyumbang RMxxxx. Sumbangan juga dipohon dari xxxxxxxx, tetapi sehingga berita ini ditulis masih lagi samar-samar, tiada maklumbalas dari dari pihak xxx. Apa pun persatuan mengucapkan ribuan terima kasih pada YB Datuk Seri Tengku Adnan yang menyumbang RM1400 dimana sebelum ini pun YB kita ada memberi sumbangan RM2000 untuk kos latihan dan makanan untuk pilot-pilot Putrajaya. Persatuan juga berbangga mempunyai Jawatankuasa yang berkerja keras seperti bendahari pn Siti Hendon yang telah banyak menyumbang tenaga, wang dan masa beliau untuk persatuan. Pendek kata berkat usaha beliau banyak urusan persatuan 'bereh sokmo'. Sdr Mohd Aidi juga tidak dilupakan sikapnya yang ringan tulang dan sporting dan tidak kedekut, untung persatuan ada orang macam beliau yang sentiasa sedia membantu. Pn Suzana walaupun anak beliau tidak mewakil wilayah ke SUKMA dan kebangsaan tapi mengambil inisiatif membantu persatuan mencari sumbangan untuk tabung persatuan amat dipuji dan patut diteladani oleh ahli-ahli lain, sikap beliau saya memang kagum. Saudara Taufik selaku Naib Pengerusi juga sentiasa memberi sokongan moral dan sentiasa bersedia membantu.
Namun berita gembira di atas sumbangan-sumbangan setakat ni atas kertas je, masih belum terima ceknya lagi kecuali YB Datuk Seri Tengku Adnan. Duit belum nampak maknanya hati orang-orang kuat persatuan masih risau gundah gelana, mana tak nya, duit kos untuk baju pilot, baju urusetia, topi bersulam, kasut air, kasut sukan, yuran, sewa rumah, makanan, pengangkutan dan sebagainya telah ditempah dan belum berbayar habis. Itu tidak termasuk elaun-elaun untuk pengurus, penolong pengurus dan urusetia dan perlu dibayar kerana tugasan-tugasan mereka sebelum semasa dan selepas SUKMA nanti. Tanggungjawab persatuan terhadap anak-anak Putrajaya memang berat, berbanding sukan lain atlit mungkin lingkungan umur dari 17-23 tahun, berbeza atlit formula future dari umur 8-18 tahun, 6 orang dari umur 8-10 tahun perlu dijaga oleh ibu-bapa dan pengawasan urusetia, maknanya perlu tinggal bersama untuk menjaga keselamatan dan kebajikan kerana mereka-mereka ini boleh boleh berdikari lagi. Mudah-mudahan urusan atlit-atlit Putrajaya ini tidak merumitkan berdoa dari Allah swt dijauhi dari perkara buruk yang tidak diingini. Amin...
Saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih orang-orang disekeliling persatuan yang membantu memberi sokongan tenaga, kewangan dan moral demi kemajuan sukan anak-anak Putrajaya supaya dapat menongkah arus kejayaan yang dikecapi sebelum ini dan terus mencapai kejayaan peringkat nasional dan antarabangsa. Orang-orang yang berjasa pada persatuan akan dikenang dan mungkin diberi penanugerahan khas suatu masa yang sesuai nanti.
Sekian,
28/5-12.33 pm