Sabtu, 31 Mei 2008

Meeting Roti Jala Kari Ayam!

Jam 9.00 malam Jumaat diadakan mesyuarat santai team WP dirumahnya, menu roti jala masakan cik Siti cicah kari ayam, mmm sedap!! tima kasih cik Siti...memang yang sentiasa baik hati belanja makan, maklumlah toke gerai, malam sebelumnya buka 4 meja digerainya untuk famili team WP dijamu dengan maggi goreng, kue-teow ladna, meehon ladna, meehon tomyam, nasi goreng USA memang bebudak siam tu pandai masak, sedap belaka! Anak saya Nur Izzati makan kat mana-mana gerai sebelum ni pun tak pernah puji sesedap kat gerai cik Siti. Patutlah manusia berduyun-duyun makan gerainya. Terima kasih banyak-banyak cik Siti yang berbudi, orang macam ni selalu murah rezeki.

Perjumpaan terakhir di Putrajaya dirumah cik Siti sebelum bertolak ke Terengganu adalah untuk menyerahkan semua pakaian sukan, kasut air, kasut sukan, topi supaya masing-masing bawa naik bas. Lepas tu kaum ibu packing makanan ringan dan air untuk bekalan. Nampak betul budak-budak tu happy dan seronok, tengok-tengok, tilik-tilik kasut branded nike/adidas / reebok/ masing-masing. Kasut air pun cantik, fesyen terbaru memang menarik. Seluar track pun boleh tahan, brand Antioni. Perhhh!! Mewah!! Ye lah, nak beli sendiri pikir 2-3 kali. Yang kurang seronok ialah baju dan topi bersulam yang ditempah belum siap, sulam ada masalah, logo terdelete, adohai! Nasib baik ada blog persatuan, copy logo dari blog je. Itulah kelebihan ada blog, kalau tak mesti tangguh 1-2 hari lagi. Masa berborak-borak dengan budak-budak sikit-sikit bagi motivasi buat dia orang semangat bersaing. Kata Siti bawa balik 3 emas 2 perak...tapi saya nak 5 emas, target mesti lebih, dapat kurang sikit tak pe. Team WP memang ramai pilot-pilot lama dan pernah wakil negara ke seberang, jadi atas kertas pingat emas insyaAllah dapat tapi tak tau berapa. Kata saya walaupun Demo anggap macam persaingan sebenar, tunjuk kehebatan orang-orang Putrajaya supaya peringkat kebangsaan di Putrajaya nanti saikologi mereka down sikit. Itu strategik pertandingan! Mana-mana pakar straegik pun ada perang saraf.

Lepas budak-budak balik kami buka akaun kira-kira persatuan, ingatkan ada lebih, rupa-rupa licin!! Budget untuk 6 hari kat sana ngam-ngam, tak ada surplus lansung, macam iklan maggi jilat mangkuk! Nasib baik ada penaja ke 2 boleh cover sikit-sikit untuk elaun latihan atlit-atlit dan urusetia, itu pun tak sampai separuh dari dari guideline Majlis Sukan Wilayah, tak kisah kita masih bersyukur dan terima kasih pada peyumbang kerana sedar persatuan ini belum berdaftar dan memang tiada dalam senarai pun untuk diberi peruntukan. Allahamdulillah! Cuma saya rasa bangga konsep persatuan hampir-hampir mencapai matlamat dan tujuannya, iaitu kebajikan atlit-atlit terjaga dan urusetia terbela. Sikit-sikit kita belajar macam budak baru merangkak lama kelamaan persatuan kalau bersatu seperti hari ini akan maju dan mantap, yang penting ibu-bapa muafakat dan jangan ada yang serong dan irihati, perasaan dengki dan bermusuh akan menghancurkan persatuan, saya harap tidak berlaku dalam team WP. Kalau ada rasanya mereka ni tiada tempat dalam persatuan, boleh chow maa dan lone ranger ajelah....

Saya doakan perjalanan kami nanti dalam keadaan selamat dan dijauhi perkara buruk, pandu dengan cermat dan ikut peraturan. Anggap perjalanan dalam suasana santai dan makan angin kerana tak payah nak terkejar-kejar masa, tak ada faedahnya. Pandu kelajuan yang selesa dan had laju yang dibenarkan. Sebelum bertolak sdr Taufik akan menjemput ustaz tn Hj Ahmad untuk memimpin bacaan doa selamat dengan atlit-atlit dan ibu-bapa yang konvoi diperkarangan Kelab Tasik Putrajaya Presint 8 tempat kami berkumpul. InsyaAllah dengan keizinanNya kita semua akan direstui. Aminn.....