Khamis, 29 Mei 2008
Lega Rasanya!!
Alahamdulillah!! Akhirnya yang ditunggu sudah tiba, janji salah satu agensi menyumbang untuk persatuan telah diperolehi sebelum tengahari tadi jam 11.45 pagi, tanpa membuang masa saya telah bank-in cek tersebut jam 12.06 tgh tadi. Kerisauan dalam tempoh 2 minggu ini telah terubat jua. Walaupun tidak sempat untuk menunaikan wang minggu ini kerana hari bekerja tinggal 1 1/2 hari lagi, kita berterima kasih pada bendahari persatuan Puan Siti Hendon yang sanggup mendahulukan duitnya untuk membayar baki wang tempahan-tempahan yang telah dibuat sebelum ni. Terima Kasih Daun Keladi Cik SITII !! Nanti minggu depan persatuan akan bayar balik hutang lepas cek dah clear. Petang nanti saya, Siti dan Aidi nak mengambil barang-barang untuk dibawa ke Terengganu naik kenderaan sdr Aidi, Siti pula nak bawa poster H2O Sports punya, katanya untuk pameran Formula Future di SUKMA Terengganu. Malam ni pula nak pergi cari kasut sukan untuk atlit Putrajaya, nak kena bawa sekali atlit-atlit kerana tak boleh agak-agak saiz kasut budak-budak terutama dari sekolah rendah. Banyak kerja terpaksa buat saat-saat akhir kerana semua tempahan boleh siap hari ni 29/5, manakala keputusan untuk beli kasut pun dibuat saat akhir selepas confirm duit penaja diperolehi. Setakat ni visi persatuan membuahkan hasil, tapi masih banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh 2 hari ni sebelum bertolak pada sabtu ni 31/5 nanti.