Persatuan penaja yang berumur setahun jagung ini sedang berusaha sedaya upaya memantap dan mengerakkan aktiviti dengan lebih agresif. SUKMA 2008 adalah platform terbaik membuktikan kemampuan persatuan. Dengan sumber kewangan yang terhad hasil kutipan ikhlas dari ibu-bapa, persatuan mengorak langkah kedepan seiring dengan persatuan-persatuan lain cuba mendapatkan hak-hak berpesatuan dengan mendapatkan peruntukkan dari agensi kerajaan yang berkaitan sukan. Walau sedar belum didaftarkan tetapi dalam proses ke arah itu, kepercayaan agensi kerajaan berkaitan sukan amat diperlukan sokongan 100%. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih pada Pengarah xxxxxxxxxxxxxxxx memberi sokongan dengan menghulurkan sedikit sumbangan yang amat bermakna untuk memberi nafas dan meringankan beban para ibu-bapa yang terpaksa menanggung kos demi kemajuan sukan anak-anak mereka. Manakan tidak membebankan, kos yuran RM100, pakaian sukan, topi, kasut air, kasut sukan, makanan dan minuman, penginapan serta pengangkutan terpaksa ditanggung oleh ibu-bapa. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Ahli Parlimen Putrajaya iaitu YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memberi sumbangan kali ke 2 pada persatuan. Ibu-bapa selaku orang kuat persatuan selama ini mengeluarkan tenaga dan modal tanpa mendapat suntikan kewangan dari agensi kerajaan atau swasta akan terubat sedikit kesusahan dengan bantuan itu. Tambah mengembirakan lagi bila anak-anak formula future WP seramai 13 orang ini mendapat penajaan pengangkutan dari insan yang bersimpati dengan nasib dan kesusahan. Terima kasih pada hamba Allah dari xxxxxxxxx, terima kasih juga kepada xxxxxxxxxxxxxxxx yang mengusahakan pengangkutan pergi dan balik ini bukan saja untuk atlit Putrajaya malah dikongsi bersama atlit dari Selangor dan Negeri Sembilan. Budi baik pegawai-pegawai kerajaan ini yang patut dicontohi dan diteladani. Mereka-mereka yang saya sebutkan di atas akan sentiasa dikenang dan hargai.
Atlit-atlit formula future akan bertolak ke SUKMA Terengganu pada 31 Mei depan dan pulang ke Putrajaya pada 6 atau 7 Jun 2008.