Sabtu, 31 Mei 2008

PEMBERITAHUAN

Team Putrajaya telah bertolak jam 10.20 pagi tadi setelah berkumpul di Kelab Tasik Presint 8, Allahamdulillah semua dalam keadaan baik, kecuali Hadi Irfan dan Amirul melalak sakan nak join naik bas, terpaksa kami akur benarkan ikut, lagi pun kedua-duanya memang ada dalam senarai penumpang dari awal, yang tinggal tak cukup 5 orang penumpang dari team Selangor kerana tunggu kat tol Gombak. Bacaan doa selamat disempurnakan oleh Tn Hj Ahmad rakan kepada sdr Taufik. Cik Siti, sdr Khalil konvoi ikut dari belakang bas. Terima kasih pada semua yang terlibat terutama sdr Kamarol SU kita yang mengusahakan bas. Saya dan isteri akan bertolak pada petang ni sebab isteri bekerja dan ambil cuti 1/2 hari hari ni. Oleh kerana kami semua berada di Kuala Terengganu bermula hari ini 31 Mei sehingga 6 Jun maka blog persatuan tidak akan dikemaskini sehingga kami semua balik ke Putrajaya. InsyaAllah mudah-mudahan kami membawa khabar gembira untuk semua, agak-agaknya berapa EMAS kami bawa balik. Tunggu!! Jumpa lagi pada 7 Jun, kecualilah di Terengganu ada akses untuk melayari internet. Kalau ada saya akan up-load gambar-gambar dan peristiwa terkini. Bye! Wasalam...jumpa lagi!

Meeting Roti Jala Kari Ayam!

Jam 9.00 malam Jumaat diadakan mesyuarat santai team WP dirumahnya, menu roti jala masakan cik Siti cicah kari ayam, mmm sedap!! tima kasih cik Siti...memang yang sentiasa baik hati belanja makan, maklumlah toke gerai, malam sebelumnya buka 4 meja digerainya untuk famili team WP dijamu dengan maggi goreng, kue-teow ladna, meehon ladna, meehon tomyam, nasi goreng USA memang bebudak siam tu pandai masak, sedap belaka! Anak saya Nur Izzati makan kat mana-mana gerai sebelum ni pun tak pernah puji sesedap kat gerai cik Siti. Patutlah manusia berduyun-duyun makan gerainya. Terima kasih banyak-banyak cik Siti yang berbudi, orang macam ni selalu murah rezeki.

Perjumpaan terakhir di Putrajaya dirumah cik Siti sebelum bertolak ke Terengganu adalah untuk menyerahkan semua pakaian sukan, kasut air, kasut sukan, topi supaya masing-masing bawa naik bas. Lepas tu kaum ibu packing makanan ringan dan air untuk bekalan. Nampak betul budak-budak tu happy dan seronok, tengok-tengok, tilik-tilik kasut branded nike/adidas / reebok/ masing-masing. Kasut air pun cantik, fesyen terbaru memang menarik. Seluar track pun boleh tahan, brand Antioni. Perhhh!! Mewah!! Ye lah, nak beli sendiri pikir 2-3 kali. Yang kurang seronok ialah baju dan topi bersulam yang ditempah belum siap, sulam ada masalah, logo terdelete, adohai! Nasib baik ada blog persatuan, copy logo dari blog je. Itulah kelebihan ada blog, kalau tak mesti tangguh 1-2 hari lagi. Masa berborak-borak dengan budak-budak sikit-sikit bagi motivasi buat dia orang semangat bersaing. Kata Siti bawa balik 3 emas 2 perak...tapi saya nak 5 emas, target mesti lebih, dapat kurang sikit tak pe. Team WP memang ramai pilot-pilot lama dan pernah wakil negara ke seberang, jadi atas kertas pingat emas insyaAllah dapat tapi tak tau berapa. Kata saya walaupun Demo anggap macam persaingan sebenar, tunjuk kehebatan orang-orang Putrajaya supaya peringkat kebangsaan di Putrajaya nanti saikologi mereka down sikit. Itu strategik pertandingan! Mana-mana pakar straegik pun ada perang saraf.

Lepas budak-budak balik kami buka akaun kira-kira persatuan, ingatkan ada lebih, rupa-rupa licin!! Budget untuk 6 hari kat sana ngam-ngam, tak ada surplus lansung, macam iklan maggi jilat mangkuk! Nasib baik ada penaja ke 2 boleh cover sikit-sikit untuk elaun latihan atlit-atlit dan urusetia, itu pun tak sampai separuh dari dari guideline Majlis Sukan Wilayah, tak kisah kita masih bersyukur dan terima kasih pada peyumbang kerana sedar persatuan ini belum berdaftar dan memang tiada dalam senarai pun untuk diberi peruntukan. Allahamdulillah! Cuma saya rasa bangga konsep persatuan hampir-hampir mencapai matlamat dan tujuannya, iaitu kebajikan atlit-atlit terjaga dan urusetia terbela. Sikit-sikit kita belajar macam budak baru merangkak lama kelamaan persatuan kalau bersatu seperti hari ini akan maju dan mantap, yang penting ibu-bapa muafakat dan jangan ada yang serong dan irihati, perasaan dengki dan bermusuh akan menghancurkan persatuan, saya harap tidak berlaku dalam team WP. Kalau ada rasanya mereka ni tiada tempat dalam persatuan, boleh chow maa dan lone ranger ajelah....

Saya doakan perjalanan kami nanti dalam keadaan selamat dan dijauhi perkara buruk, pandu dengan cermat dan ikut peraturan. Anggap perjalanan dalam suasana santai dan makan angin kerana tak payah nak terkejar-kejar masa, tak ada faedahnya. Pandu kelajuan yang selesa dan had laju yang dibenarkan. Sebelum bertolak sdr Taufik akan menjemput ustaz tn Hj Ahmad untuk memimpin bacaan doa selamat dengan atlit-atlit dan ibu-bapa yang konvoi diperkarangan Kelab Tasik Putrajaya Presint 8 tempat kami berkumpul. InsyaAllah dengan keizinanNya kita semua akan direstui. Aminn.....

Khamis, 29 Mei 2008

Lega Rasanya!!

Alahamdulillah!! Akhirnya yang ditunggu sudah tiba, janji salah satu agensi menyumbang untuk persatuan telah diperolehi sebelum tengahari tadi jam 11.45 pagi, tanpa membuang masa saya telah bank-in cek tersebut jam 12.06 tgh tadi. Kerisauan dalam tempoh 2 minggu ini telah terubat jua. Walaupun tidak sempat untuk menunaikan wang minggu ini kerana hari bekerja tinggal 1 1/2 hari lagi, kita berterima kasih pada bendahari persatuan Puan Siti Hendon yang sanggup mendahulukan duitnya untuk membayar baki wang tempahan-tempahan yang telah dibuat sebelum ni. Terima Kasih Daun Keladi Cik SITII !! Nanti minggu depan persatuan akan bayar balik hutang lepas cek dah clear. Petang nanti saya, Siti dan Aidi nak mengambil barang-barang untuk dibawa ke Terengganu naik kenderaan sdr Aidi, Siti pula nak bawa poster H2O Sports punya, katanya untuk pameran Formula Future di SUKMA Terengganu. Malam ni pula nak pergi cari kasut sukan untuk atlit Putrajaya, nak kena bawa sekali atlit-atlit kerana tak boleh agak-agak saiz kasut budak-budak terutama dari sekolah rendah. Banyak kerja terpaksa buat saat-saat akhir kerana semua tempahan boleh siap hari ni 29/5, manakala keputusan untuk beli kasut pun dibuat saat akhir selepas confirm duit penaja diperolehi. Setakat ni visi persatuan membuahkan hasil, tapi masih banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh 2 hari ni sebelum bertolak pada sabtu ni 31/5 nanti.

Makluman

Memandangkan persatuan ini masih dalam peringkat penaja dan seterusnya untuk melindungi pihak-pihak tertentu yang membantu persatuan secara ikhlas, dibimbangi diexploitasi oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab, maka nama-nama selain daripada ahli, jumlah dan angka tertentu yang telah dinyatakan dalam artikel sebelum ini dirahsiakan. Harap maaf dan harap maklum.

Rabu, 28 Mei 2008

Tugasan Urusetia SUKMA XII

Sebagai pengerusi persatuan adalah bertanggungjawab melantik urusetia-urusetia yang berkebolehan yang sanggup berkorban tenaga, masa dan kewangan sendiri setakat yang mampu dan tidak membebankan, kelak sepertimana persatuan-persatuan lain berdaftar, persatuan di atas budibicara dan kemampuan kewangannya akan membayar imbuhan dalam bentuk elaun-elaun khas samada mengikut ketetapan Majlis Sukan Wilayah atau budibicara persatuan. Imbuhan elaun ini sebenarnya tidak terbalas pun berbanding modal sendiri yang telah pun dilaburkan secara sedikit-sedikit mengikut kemampuan sendiri. Minyak petrol, tol, bil telefon selular, failing-failing, printing, makan minum dan lain-lain yang sudah dilaksanakan sejak bulan Mac lagi. Sebagai landasan supaya persatuan terus hidup segar dalam tempoh jangka panjang, elaun-elaun ini sekiranya berkemampuan akan dibayar sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas kerja-kerja ikhlas yang telah dilaksanakan sebelum ini tanpa ada perasaan berkira-kira. Untungnya persatuan ini berbanding persatuan-persatuan lain, atlit-atlit persatuan adalah anak-anak kepada JKuasa persatuan. Di atas semangat itulah persatuan ini bergerak subur, cergas dan aktif berbanding persatuan-persatuan lain dimana mengikut rekod KBS, 28 persatuan persatuan telah berkubur. Pendekatan JKuasa ibarat sambil menyelam minum air, atau 2 in 1, buat kerja bersungguh-sungguh pada persatuan dan anak-anak mendapat manfaatnya. Dalam tempoh 3 bulan penubuhan persatuan ini atas inisiatif saya supaya ibu-bapa bergerak dibawah satu bumbung, saya telah lihat dengan pemerhatian beberapa orang ibu-bapa yang bekerja keras dan memberi sumbangan ikhlas tanpa menagih balasan demi kemajuan anak-anak dan secara tak lansung untuk kemajuan persatuan. Mereka-mereka ini saya lantik menjadi urusetia untuk SUKMA XII di Terengganu pada 31 Mei - 6 Jun 2008.

Pengurus - Pengerusi persatuan, bertanggungjawab mencari sumber kewangan samada dari agensi kerajaan, ahli politik atau swasta, mengatur strategik untuk kebajikan atlit-atlit, urusetia dan ibu-bapa. Juga mencari penaja untuk pengangkutan bas untuk atlit dan petugas. Secara ehsannya sama-sama berkongsi bas dengan atlit-atlit dari negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Mempastikan semua program dalam keadaan teratur dan baik. Memantau pergerakan urusetia didalam menjalani tugasan. Bertanggungjawab berurusan dengan urusetia SUKMA, Majlis Sukan Wilayah dan H2O Sports dalam segala urusan yang diperlukan.

Penolong Pengurus - Bendahari persatuan Pn Siti Hendon. Melaksana perbelanjaan persatuan mengikut program yang diaturkan. Perbelanjaan keperluan para atlit termasuk pakaian sukan, urusetia, makanan, masakan, minuman, peralatan berkaitan dan penginapan. Beliau juga bertindak sebagai pegawai perhubungan awam dengan H20 Sports.

Urusetia Pentadbiran - Penolong Setiausaha Pn Shasha. Tugasan merekod kesemua aktiviti-aktiviti atlit, latihan dan ibu-bapa, memantau pergerakan disiplin dan kesihatan para atlit, membantu pengurus dalam hal ehwal pengurusan atlit dan ibu-bapa.

Urusetia Atlit - Naib Pengerusi En Tawfik - memastikan keperluan asas dipusat latihan dan pertandingan dari segi kehadiran, disiplin, makanan dan minuman dalam keadaan bersedia dan membantu atlit yang memerlukan apa-apa bantuan kecemasan.

Urusetia Lojistik dan Peralatan - JKuasa En Mohd Aidi - ditugaskan mencari perkakasan/peralatan/makanan/masakan/minuman yang diperlukan untuk tempat penginapan dan tempat latihan/pertandingan.

Untuk meringankan bebanan tugasan oleh pihak urusetia, para ibu-bapa yang hadir digalakkan menghulurkan bantuan serta bergotong royong dalam apa jua sekali pun dimana yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing dan boleh bertindak sebagai mata dan telinga persatuan didalam semua urusan atau perkara-perkara yang terlepas pandang untuk memastikan anak-anak atlit Putrajaya bersaing dalam keadaan selesa dan terjaga dalam semua aspek keselamatan dan kebajikan. Keselesaan mental dan fizikal atlit boleh menjadi pencetus kejayaan yang cemerlang. Kepada semua urusetia selamat bertugas diluar sempadan dan saya doakan kita semua dianugerah kesihatan yang baik, anggap tugasan ini bukan suatu bebanan tetapi suatu kebajikan demi kemajuan sukan atlit-atlit/anak-anak Putrajaya keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

Pengerusi Penaja

Yang Masih Resah Gelisah

Sukma XII Terengganu tinggal beberapa hari lagi, team Formula Future WP akan bertolak dengan bas dan berkonvoi dengan ibu-bapa dijadualkan 31 Mei (Sabtu) jam 10.00 pagi di Taman Botani. Penajaan bas untuk perjalanan pergi telah diusahakan oleh sdr xxxxxxxxxxx, manakala penajaan bas perjalanan balik ke Putrajaya telah diusahakan oleh xxxxxxxxxxx. Walaupun begitu persatuan masih tertunggu-tunggu sumbangan peruntukan yang dijanjikan oleh xxxxxxxx mungkin sekitar RMxxxx. Saya baru dapat info dari puan Suzana salah seorang ahli persatuan bahawa xxxxxxxxxxxxx telah bersetuju menyumbang RMxxxx. Sumbangan juga dipohon dari xxxxxxxx, tetapi sehingga berita ini ditulis masih lagi samar-samar, tiada maklumbalas dari dari pihak xxx. Apa pun persatuan mengucapkan ribuan terima kasih pada YB Datuk Seri Tengku Adnan yang menyumbang RM1400 dimana sebelum ini pun YB kita ada memberi sumbangan RM2000 untuk kos latihan dan makanan untuk pilot-pilot Putrajaya. Persatuan juga berbangga mempunyai Jawatankuasa yang berkerja keras seperti bendahari pn Siti Hendon yang telah banyak menyumbang tenaga, wang dan masa beliau untuk persatuan. Pendek kata berkat usaha beliau banyak urusan persatuan 'bereh sokmo'. Sdr Mohd Aidi juga tidak dilupakan sikapnya yang ringan tulang dan sporting dan tidak kedekut, untung persatuan ada orang macam beliau yang sentiasa sedia membantu. Pn Suzana walaupun anak beliau tidak mewakil wilayah ke SUKMA dan kebangsaan tapi mengambil inisiatif membantu persatuan mencari sumbangan untuk tabung persatuan amat dipuji dan patut diteladani oleh ahli-ahli lain, sikap beliau saya memang kagum. Saudara Taufik selaku Naib Pengerusi juga sentiasa memberi sokongan moral dan sentiasa bersedia membantu.

Namun berita gembira di atas sumbangan-sumbangan setakat ni atas kertas je, masih belum terima ceknya lagi kecuali YB Datuk Seri Tengku Adnan. Duit belum nampak maknanya hati orang-orang kuat persatuan masih risau gundah gelana, mana tak nya, duit kos untuk baju pilot, baju urusetia, topi bersulam, kasut air, kasut sukan, yuran, sewa rumah, makanan, pengangkutan dan sebagainya telah ditempah dan belum berbayar habis. Itu tidak termasuk elaun-elaun untuk pengurus, penolong pengurus dan urusetia dan perlu dibayar kerana tugasan-tugasan mereka sebelum semasa dan selepas SUKMA nanti. Tanggungjawab persatuan terhadap anak-anak Putrajaya memang berat, berbanding sukan lain atlit mungkin lingkungan umur dari 17-23 tahun, berbeza atlit formula future dari umur 8-18 tahun, 6 orang dari umur 8-10 tahun perlu dijaga oleh ibu-bapa dan pengawasan urusetia, maknanya perlu tinggal bersama untuk menjaga keselamatan dan kebajikan kerana mereka-mereka ini boleh boleh berdikari lagi. Mudah-mudahan urusan atlit-atlit Putrajaya ini tidak merumitkan berdoa dari Allah swt dijauhi dari perkara buruk yang tidak diingini. Amin...

Saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih orang-orang disekeliling persatuan yang membantu memberi sokongan tenaga, kewangan dan moral demi kemajuan sukan anak-anak Putrajaya supaya dapat menongkah arus kejayaan yang dikecapi sebelum ini dan terus mencapai kejayaan peringkat nasional dan antarabangsa. Orang-orang yang berjasa pada persatuan akan dikenang dan mungkin diberi penanugerahan khas suatu masa yang sesuai nanti.

Sekian,

28/5-12.33 pm

Selasa, 27 Mei 2008

2 Pilot Putrajaya Ke PERLIS

Hasil kerjasama erat dengan H2O Sports, pihak persatuan telah dijemput mewakilkan 2 orang pilot Putrajaya untuk menunjukkan skill pemanduan bot formula future pada 23-25 April 2008 dihadapan VVIP kerajaan Negeri Perlis Darul Khusus. Ini disaksikan juga oleh lebih kurang 40 bakal pilot negeri Perlis yang sedang menjalani klinik pemanduan bot Formula Future selama seminggu yang diadakan sebelumnya. H2O Sports dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan negeri Perlis sedang berusaha memperkenal dan mempopularkan sukan air bermotor ini dikalangan para pelajar sekolah zon utara yang melibatkan negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang dan berkampong selama sebulan di kem latihan Empangan Timah Taso, Perlis. H2O Sports telah memilih adik Muhamad Azri Yahaya bekas juara dunia kelas satu pada tahun 2004 dan 2005. Manakala bahagian wanita diwakili oleh adik Nur Izzati Mohamed Rahaizah dari kelas 5 selaku bekas pemain simpanan kebangsaan 2007.





Imbas-Imbas 12-15 Mac 2008


(Tn Syed) Jap lagi saya nak awak konar V kat gate 2 sana, kalau tak leh V, buat U, kalau tak leh gak U, buat O, kalau O tak leh gak...aku balik minum kopi O lagi baik......(pilot) Tak nampak la sir Syed tunjukkk...tengkok saya boleh konar L jee...
adoii..bawak macam siput laa...aku tidor jap la kat belakang, bukan dia perasan pun...
rempittt....rempittt......konar kat gate 6 aku nak cecah telinga, biar dia orang tergangga semua....
Pas ni bapak-bapak lak test power amacam?...mmmm....setakat level kau orang semua aku bagi baby aku aje la bawak....
Woishhh..paneh la...berpeluh-peluh makan lauk ayam....(Kak Pah) ye laa..Bau ashamm.......
Mokk..kau aje la tiup lilin...malu aa nak tiup.... Awak semua dengar sini....awak semua jangan main-main, kalau bawak tak betulll....saya campak kau orang dalam tasik, pas 2 tu ikat kat boya, tinggal kat situ 3 hari 3 malam.....

Imbas-Imbas 15 Mac 2008

Beratur ambil nasi tomato, budak-budak dah monyok lapar lepas latihan, AJK persatuan sdr Sabidi ringan tangan menyendok nasi. En Fairuz nampak pesen dah meleleh air lioq!! Sian, dari pagi kosongkan perut agaknye....
Ayam seketul sorang je tauu..tak leh lebih, nanti lari budget....kata Shasha penolong setiausaha persatuan...
(Fairuz)Mmmm bang, bila saya punya turn lak...nasi dah tinggal kerak nih...(Kamarol) ok, ok, yang ni memang U punya..tapi satu sendok aje lah yee. Yang lebih ni saya nak tapau....
Saiz ayam ni XL, special untuk Sabidi..ye lah..menyangkul nasi tomato penat kan? Peluh jantan dibueknye....
Mmm..kenduri sakan pada hari pemilihan, Persatuan telah joinventure dengan CIk Siti Hendon, persatuan sponsor makan, cik siti top-up lagi dengan aksesories dan kek harijadi. Terima kasih pada YB Tengku Adnan Tg Mansor yang menyumbangkan peruntukan.
Tengah tilik-tilik kek dari Secret Recipe, ada cop halal ke idak, si Boy dah tak tahan nak megorek-gorek kek hari jadi adiknya Mok yang dikatakan tarikhnya jatuh hampir sama dengan Tuan Syed, jadi tuan Syed untung dapat tumpang sekaki. Tengah tarik nafas nak tiup tu....
Dah tiup lilin potong kek pun joinventure si Mok dengan Tuan Syed..Boy sebelah dah tak tahan sabar...harijadi aku nanti kek aku mesti lagi besar..sebab aku kan abanggg...(mcm iklan digi)
Setiusaha persatuan sdr Kamarol Bahrain turut bergotong royong menyangkul nasi tomato untuk tetamu.....Bendahari cik Siti sibuk buat iklan panggil ibu-bapa makan..mari, mari, mari, makan-makan jangan malu, sapa malu perut lapau...amboi....meriah, meriah!! Kecoh macam kat pasar tani Mega....

Krew-krew H20Sports sedang sibuk memeriksa peralatan bot supaya dalam keadaan baik sebelum memulakan sesuatu latihan atau pertandingan.
Pilot-pilot sedang diberikan penerangan oleh ketua jurulatih H2O Sport sebelum memulakan pertandingan.
Pilot-pilot putrajaya sedang mendengar dengan tekun arahan-arahan berkaitan teknik dan peraturan pertandingan sebelum pertandingan dilansungkan.
Kecik lagi..Hadi Irfan pilot baru kelas 1 berusia 8 tahun mendapat bimbingan dan bantuan dari Tuan Syed Hamid untuk memakai vest keselamatan dan vest bernombor.


Pilot-pilot Putrajaya sedang berposing sebelum acara pertandingan pemilihan diadakan. Dalam hati masing-masing tu perhhh..tuhan aje tahu, berlakon aje cool..jantung berdebar macam enjin lori..



Pilot-pilot sedang mengenakan vest nombor yang telah ditentukan oleh pihak H2O Sports...hai, nombor ini harap-harap ada ong lahh!! Berdebau-debau....




Penantian itu suatu penyiksaan, menunggu giliran untuk dipanggil menaiki bot kelas 1-3. Ini semasa sesi latihan diadakan sebelum pertandingan.





Aksi-aksi pilot kelas 1-3 yang sedang memulakan latihan.






Logo Persatuan dan Tag Nama SUKMA XII


Rekabentuk Logo persatuan baru disiapkan dalam usaha untuk melengkapkan syarat penubuhan persatuan sukan di Pesuruhjaya Sukan Bukit Jalil kelak. Logo ini berasaskan logo rasmi formula future, negeri Wilayah Persekutuan dan bandar naungannya iaitu Putrajaya dan Kuala Lumpur. Warna bendera Wilayah Persekutuan dijadikan warna utama logo iaitu merah, biru tua dan kuning. Imej grafik bot berkuasa kuda 15hp menjadi objek tumpuan logo. Logo ini akan diperkenalkan buat julung kalinya pada topi bersulam yang akan dipakai oleh pilot formula future WP di SUKMA XII dan Kejohanan Kebangsaan di Putrajaya nanti. Dalam usaha meningkat dan menaikkan imej sukan formula future, persatuan mengambil inisiatif merekabentuk sendiri tag nama yang akan dipakai oleh para pilot WP. Bendera Wilayah, logo rasmi formula future dijadikan subjek menonjol dalam rekabentuk tag ini. Tag ini akan dipakai semasa SUKMA XII dan Kejohanan Peringkat Kebangsaan di Putrajaya dijangka diadakan pada akhir bulan Jun 2008.
Untuk keseragaman dengan negeri lain, persatuan juga mengambil inisiatif merekacipta tag nama untuk cadangan dan digunapakai oleh atlit-atlit dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan. Contoh tag nama negeri Selangor Darul Ehsan.
Contoh tag nama Negeri Kelantan Darul Naim.
Contoh Tag Nama negeri Johor Darul Takzim.


Isnin, 26 Mei 2008

Formula Future ke SUKMA XII

Mohamad Azri Yahaya juara dunia 2004 dan 2005 bagi kelas 1, tahun 2008 akan membawa cabaran dalam kelas 3.
Pada 25 Mei 2008 bertempat di Dewan Sultan Salahauddin UPM telah menjadi sejarah yang tersendiri buat formula future WP apabila menjadi sebahagian keluarga kontigen WP ke SUKMA ke XII. Majlis penyerahan bendera WP telah dilansungkan dengan meriah yang dirasmikan oleh YB Datuk Zulhasnan Rafique dihadapan 568 atlit dan 175 pegawai akan menyertai semua 31 acara. Sasaran 45 pingat emas oleh YB Menteri Wilayah itu mungkin tidak mustahil dengan insentif RM2,500 ke atas pemenang pingat emas yang boleh menjadi penguat semangat memburu kejuaraan. Sayangnya buat formula future kerana sukan ini hanya bertaraf DEMO yang mungkin tidak tersenarai penerima isentif tersebut. Apa pun titik permulaan ini memulakan detik penting pada masa depan formula future ini mungkin menjadi sukan teras dan sama taraf dengan sukan-sukan lain. Peristiwa ini turut mendapat liputan akhbar UTUSAN, BERITA HARIAN, KOSMO dan SINAR. Syabas anak-anak formula future menghiasi gambar berdampingan dengan Menteri WIlayah dan dif-dif kehormat lain. Caya lah!!!

26/5/2008

Persatuan Mengorak Langkah


Persatuan penaja yang berumur setahun jagung ini sedang berusaha sedaya upaya memantap dan mengerakkan aktiviti dengan lebih agresif. SUKMA 2008 adalah platform terbaik membuktikan kemampuan persatuan. Dengan sumber kewangan yang terhad hasil kutipan ikhlas dari ibu-bapa, persatuan mengorak langkah kedepan seiring dengan persatuan-persatuan lain cuba mendapatkan hak-hak berpesatuan dengan mendapatkan peruntukkan dari agensi kerajaan yang berkaitan sukan. Walau sedar belum didaftarkan tetapi dalam proses ke arah itu, kepercayaan agensi kerajaan berkaitan sukan amat diperlukan sokongan 100%. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih pada Pengarah xxxxxxxxxxxxxxxx memberi sokongan dengan menghulurkan sedikit sumbangan yang amat bermakna untuk memberi nafas dan meringankan beban para ibu-bapa yang terpaksa menanggung kos demi kemajuan sukan anak-anak mereka. Manakan tidak membebankan, kos yuran RM100, pakaian sukan, topi, kasut air, kasut sukan, makanan dan minuman, penginapan serta pengangkutan terpaksa ditanggung oleh ibu-bapa. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Ahli Parlimen Putrajaya iaitu YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memberi sumbangan kali ke 2 pada persatuan. Ibu-bapa selaku orang kuat persatuan selama ini mengeluarkan tenaga dan modal tanpa mendapat suntikan kewangan dari agensi kerajaan atau swasta akan terubat sedikit kesusahan dengan bantuan itu. Tambah mengembirakan lagi bila anak-anak formula future WP seramai 13 orang ini mendapat penajaan pengangkutan dari insan yang bersimpati dengan nasib dan kesusahan. Terima kasih pada hamba Allah dari xxxxxxxxx, terima kasih juga kepada xxxxxxxxxxxxxxxx yang mengusahakan pengangkutan pergi dan balik ini bukan saja untuk atlit Putrajaya malah dikongsi bersama atlit dari Selangor dan Negeri Sembilan. Budi baik pegawai-pegawai kerajaan ini yang patut dicontohi dan diteladani. Mereka-mereka yang saya sebutkan di atas akan sentiasa dikenang dan hargai.
Atlit-atlit formula future akan bertolak ke SUKMA Terengganu pada 31 Mei depan dan pulang ke Putrajaya pada 6 atau 7 Jun 2008.

Wira-Wira Formula Future Putrajaya



Pada 12, 13 dan 14 Mac 2008 merupakan sesi latihan sebelum 15 mac adalah sesi pemilihan hero-hero untuk mewakili WP Putrajaya dan Kuala Lumpur. Corak pemilihan pemenang oleh H2O sports adalah berdasarkan masa terpantas oleh setiap pelumba/pilot mencatat masa dalam disiplin minourvering dan slalom. 10 orang wira-wira WP yang berjaya mengikut kelas 1-5 adalah seperti berikut:-

Hadi Irfan Mohamed Rahaizah - 8 tahun - kelas 1
Farah Dhaniyah Mohd Aidi - 8 tahun - kelas 1
Sabrina Sumar Lee - 11 tahun - kelas 2
Amier Ariff Mohamed Noor - 11 tahun - kelas 2
Muhamad Azri Yahaya - 12 tahun - kelas 3
Syafiq Rabbani Jamaluddin - 13 tahun - kelas 3
Muhamad Azwan Yahaya - 15 tahun - kelas 4
Muhamad Faris Noor Hamzah - 14 tahun - kelas 4
Muhamad Faqih Noor Hamzah - 16 tahun - kelas 5
Mohd Saifulizan Abd Jalil - 17 tahun - kelas 5

Nur Izzati Mohamed Rahaizah - 17 tahun - kelas 5 (pilot simpanan)
Muhamad Azwar Yahaya - 10 tahun - kelas 2 (pilot simpanan)
Mohd Hafizz Mohd Towfik - 13 tahun - kelas 3 (pilot simpanan)

Mereka ini akan mengalas cabaran ke SUKMA XII di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 1-5 Jun 2008. Doa restu dan kejayaan mengiringi anak-anak Putrajaya ini supaya membawa pulang sebanyak mungkin pingat emas yang akan turut disaingi oleh pilot-pilot dari 8 negeri lain yang pasti memberi saingan sengit ke atas wira-wira Putrajaya yang sememangnya digeruni oleh pihak rakan dan lawan. Berbekalkan pengalaman dalam dan luar negara wira Putrajaya akan lawan tetap lawan!! Kecundang jangan diundang!! Menang dalam genggaman!! Pulanglah sebagai pahlawan!! Semoga berjaya!! InsyaAllah...