Debaran kejohanan kebangsaan semakin hampir, tarikh 19 Jun latihan bebas, 20, 21 dan 22 Jun Final selection semakin dekat. Kejohanan ini lebih penting dan berprestig. Sesiapa yang terpilih akan terus masuk kem kebangsaan pada 28 Jun hingga 14 Julai 2008 untuk kejohanan dunia di Rome, Italy pada tarikh 17-19 Julai 2008. Memang jelas H2O Sports amat sibuk bulan Jun dan Julai. Jadual kejohanan begitu padat sehingga latihan di Putrajaya pun hanya sehari sahaja iaitu tarikh free practise pada 19 Jun. Jelas team H2O Sports kepenatan. Nasib baik persatuan mendapat 3 hari latihan berbayar pada 13 - 15 Jun sekurang-kurangnya pilot dapat membiasakan keadaan circuit dan boya baru yang dipasang. Bayangkan lah free practise sehari perlu berkongsi dengan 120 pilot dari 12 negeri, agaknya dapat 2 atau 3 lap seorang aje untuk mencuba slalom dan manoeuvring, kesian! kesian! Secara lojiknya kelebihan pada team Wilayah, Selangor, N9, Johor dan Terengganu yang datang berkongsi latihan pada 3 hari tersebut. Persaingan sengit mungkin dari negeri-negeri tersebut. Persoalan timbul mampukan team Putrajaya selaku tuan rumah membuat kejutan dalam pungutan pingat seperti yang dilakukan oleh Terengganu? Pemerhatian saya secara kasarnya skill kesemua pilot hampir sama dan menghadapi masalah gravitation yang sama, mungkin yang membezakan hanya pengalaman semestinya dari team Terengganu kerana mempunyai kemudahan jentera sendiri mereka. Circuit Putrajaya diwar-warkan lebih sukar, jarak kedua boya sedikit rapat berbanding Terengganu, kedudukan antara gate boya dikatakan melencong jauh sedikit, dengar juga cerita jarak boya mengikut jarak sebenar ukuran antarabangsa. Gravitation berlaku pada semua pilot, yang beza bilangannya aje. Seperti yang saya ramalkan di Terengganu dari pemerhatian latihan beberapa hari disana team Putrajaya akan menonjol kelas 4 dan 5 sahaja. Memang benar dan menjadi kenyataan. Ada juga keputusan upset seperti tumbangnya pilot pilihan seperti Mohd Fakeh kelas 5 dan Mohd Azri dari kelas 3, Saifulizan yang juara manoeuvring tumpas dalam slalom. Nur Izzati pula selaku pemain simpanan memperolehi Perak dalam Slalom melalui tiket negeri Johor.
Disini saya ramalkan peluang semua sama rata, 50-50, kelas 2,3,4 dan 5 kebanyakkan dari pilot-pilot lama yang berpengalaman, ada juga seorang dua yang baru. Sesiapa melakukan sedikit aje kesilapan teknikal pemanduan pasti membawa padah, perbezaan 1-2 saat pun boleh menjadi tercorot! Itulah hakikat yang perlu diterima. Sesiapa yang melakukan 'zero defeat' pasti menang, kesalahan 'sifar' menang dalam tangan, kesalahan-kesalahan biasa berlaku yang menghantui pilot-pilot adalah 'gravitation', terlepas MOB, lambat melakukan MOB, reverse, bulatan besar, bot mengereng, terlanggar boya.
Saya mendoakan team Putrajaya mendapat semangat patriotisma kerana bermain ditempat sendiri, dihadapan ibu-bapa, penyokong sendiri, VIP-VIP Putrjaya, rakan-rakan, mungkin guru-guru dan circuit sendiri. Sasaran melebihi 10 pingat menjadi idaman, sekurang-kurangnya 6 pingat emas berbanding 3 di Terengganu mudahan menjadi kenyataan dan perjuangan yang berbaloi. Amin!!