Pertandingan Formula Future Kebangsaan yang berakhir semalam pada 22/6/08 dengan keputusan yang kurang memberansangkan, pasukan Wilayah Persekutuan hanya mampu mengutip 3 Emas melalui Juara keseluruhan kelas 4 dan Manoeuvring kelas 4 oleh Mohammad Faris Hamzah dan Slalom kelas 3 oleh Mohd Azri Yahya. 3 pingat Perak diperolehi oleh Hadi Irfan Manoeuvring kelas 1 dan keseluruhan serta Mohd Saifulizan Slalom kelas 5. Manakala 3 pingat gangsa diperolehi dari Sabrina Sumar Lee dari acara Manoeuvring kelas 2, Shafiq Rabbani acara Manoeuvring kelas 3 dan Mohd Azwar Yahya acara Slalom 2 atas tiket Negeri Sembilan. Keseluruhan pingat adalah 9 pingat sahaja berbanding 11 di Terengganu.
Juara keseluruhan dilihat sebagai penting sebagai wakil negara ke Italy bulan hadapan. Nampaknya negeri Terengganu memonopoli sekali lagi berdasarkan pungutan pingat acara keseluruhan. 6 orang pilot Terengganu berjaya mewakili negara termasuk 2 orang pilot mereka berlumba atas tiket negeri Pahang dan Kelantan. Selebihnya 2 orang dari Wilayah Persekutuan, 1 orang dari Selangor dan 1 orang dari Negeri Sembilan. Nama-nama pilot yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-
Kelas 1
1) Muhammad Zhafree Ammar - 9 tahun-800 mata-Terengganu
2) Hadi Irfan Rahaizah -8 tahun-469 mata-Wilayah Persekutuan
Kelas 2
3) Tg. Hanisah Nur Athirah -10 tahun-700 mata-Terengganu
4) Muhamad Hanif Ramli-11 tahun-440 mata- Pahang(Terengganu)
Kelas 3
5) Muhammad Zulhanif Mazlan-13 tahun-700 mata-Terengganu
6) Nik Daniel Affifudin-12 tahun-525 mata-Kelantan (Terengganu)
Kelas 4
7) Muhammad Faris Noor Hamzah-14 tahun-471 mata- Wilayah Persekutuan
8) Mohammad Khaire Asyraf-15 tahun-440 mata- Negeri Sembilan
Kelas 5
9) Mohd Akmal Kamaluddin-18 tahun-625 mata-Selangor
10) Syed Ali Kadzimi Syed Khalid-17 tahun-453 mata-Terengganu
Tidak dapat dinafikan dalam pertandingan ini skill pilot-pilot Terengganu nampak ada kelebihan dan kurang melakukan kesilapan berbanding pilot-pilot negeri lain. 'Practised make-it perfect' itulah istilah yang tak dapat dinafikan kepada team negeri Terengganu. Diberitakan setiap petang bila ada saja masa terluang mereka akan turun berlatih dengan bermodalkan RM5 wang sumbangan untuk petrol. Masa, tempat dan tempoh latihan yang tiada terhad. Diibaratkan Seperti petang-petang turun main bola untuk kaki bola. Berbanding team Wilayah hanya mengharapkan ehsan dari H2O Sports untuk menjalani latihan, tempoh terhad, masa yang telah ditetap, malah kena berkongsi dengan team negeri-negeri lain seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Kemudahan infrastuktur sudah cukup lengkap dan indah, tapi malangnya team Putrajaya ketinggalan dari kemudahan jentera. Ini menyebabkan perasaan sungguh terkilan dan rasa ketinggalan walaupun sukan ini telah ujud di Putrajaya sejak tahun 2004 lagi. Selesai aje pertandingan ini dalam keadaan selesa dan persiapan anak saya ke luar negara, pastinya tumpuan saya pada penubuhan persatuan dengan secepat mungkin. Rasanya tidak sabar dan membuak dalam hati hendak membeli jentera-jentera bot dengan secepat mungkin agar team Wilayah tidak terus tertinggal dan ketandusan wira negara ke peringkat antarabangsa.
Saya akan posting gambar-gambar sekitar pertandingan dan gambar pemenang-pemenang dalam tempoh terdekat untuk tatapan ahli-ahli dan pelawat blog ini.