Ahad, 15 Jun 2008

Kejohanan Kebangsaan Untuk Ke Italy

Perjuangan para pilot belum tamat lagi, kali ini untuk merebut pula 10 tempat mewakili negara ke Italy yang dijangkakan pada bulan Julai depan. Kali ini lebih penting, lebih mencabar, lebih glamour dan lebih diidamkan berbanding SUKMA yang hanya bertaraf demo sahaja. Kejohanan ini lebih diktiraf dan berprestig kerana menjadi duta kecil negara mengibar jalur gemilang. Penganjuran bersama H2O Sports, Kementerian Belia Dan Sukan, Perbadanan Putrajaya ini telah mengharumkan Malaysia menjadi juara dunia tahun 2004, 2005 dan 2007. Juara disini dilihat sebagai wira sebenar negara, digeruni, dihormati dan ditakuti oleh oleh lawan mat saleh-mat saleh Portugal, Jerman, Italy dan sekutu warna kulit mereka. Setiap kali pulang disambut oleh pemimpin tertinggi negara dan disebarkan dalam media tempatan dan luar negeri. Bagi menghadapi persiapan pertandingan pada 20, 21 dan 22 Jun depan team WP telah mengatur langkah persiapan awal dengan mengadakan latihan berbayar pada H20 Sports pada 14, 15 dan 16 Jun. Turut disertai juga dari team Selangor dan Johor. Misi hampir sama, bukan saja untuk tiket ke Italy malah cuba memecah monopoli team Terengganu yang dilihat terkuat tahun ini seperti yang dibuktikan di SUKMA lepas. Harapan bermain ditempat sendiri dengan circuit air tawar yang dikatakan berbeza dengan air masin mungkin memberi sedikit kelebihan. Petang tadi hadir juga 4 orang pilot Terengganu mencuba circuit Putrajaya, nampaknya mereka juga bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kejuaraan keseluruhan mereka di SUKMA.

Kejohanan ini dianggap terbesar selepas SUKMA, 12 team seluruh negara mewakilkan 120 pilot yang akan membanjiri Taman Botani dari 18 hingga 22 Jun nanti. Diharapkan team Putrajaya dapat memberi cabaran dan kejayaan yang lebih berbanding SUKMA lepas. Saya berdoa dan bertawakkal usaha keras serta dorongan oleh para ibu-bapa insyaAllah memberi kemenangan seperti yang diharapkan.