Rabu, 11 Jun 2008

Kurang Menyerlah Kerana Gravitation?

Tidak dapat dinafikan walaupun oleh pemerhatian team negeri lain, gravitation (istilah gangguan pergerakan bot) berlaku tiba-tiba yang melambatkan pacuan dan mementum bot menghantui pilot-pilot Putrajaya dan team-team negeri lain. Gangguan gravitation ini amat menghantui dan cukup mengecewakan kerana ia akan melambatkan serta menambahkan masa antara lingkungan 3-5 saat. Ia berlaku bukan sekali, malah hampir setiap laluan U pusingan boya, paling kurang mesti 3 kali, malah ada sehingga tahap bot hampir berhenti seperti yang berlaku pada anak saya pada attemp kedua manoeuvring class 1. Amat ketara kejadian ini berlaku dari kelas 1 hingga 3. Yang menghairankan banyak komen dari pemerhati gravitation ini hampir tidak berlaku lansung terhadap pilot-pilot Terengganu, saya cukup hairan dalam masa yang sama merasa kagum skill pilot-pilot Terengganu. Oleh sebab itulah pemenang 1,2 atau3 kelas ini banyak dibolot oleh pilot Terengganu atau pilot Terengganu atas tiket negeri lain. Kelas 1 Wan Ahmad Tharmizie dan Muhammad Zhafreff (45-47 saat), kelas 2-Tg Hanisah (47s), Luqman Al Hakim(59s), kelas 3-nik Daniel Affifudin (57-60s) dan Mohd Zulhaniff(57-59s). Manakala catatan masa pilot Putrajaya kelas 1 Hadi Irfan (48s), farah Dhayinah (59-60s), Kelas 2-Sabrina (51-52s) dan Mohd Azwar Yahaya (50-53s), kelas 3-Muhamad Azri (58-60s) dan Syafiq Rabbani(62-66s). Pada pendapat peribadi saya sekiranya gravitation tidak berlaku pada team Putrajaya keputusan menang kalah mungkin sama rata. Sahabat kita dari Terengganu Nik Kamaruddin semasa berbual santai ada menyebut gravitation juga berlaku semasa latihan oleh team Terengganu, tapi dua hari sebelum pertandingan masalah tersebut diselesaikan oleh pilot-pilot Terengganu. Selesai melalui pengalaman atau ada teknik terbaru yang diperkenalkan oleh jurulatih masih menjadi tanda-tanya.
Faktor kejayaan Terengganu banyak diperkatakan kerana latihan secara intensif secara berterusan oleh team Terengganu dan semangat patriostisma kerana bertanding ditempat sendiri. Rasanya bukan sukan ini saja, malah juara keseluruhan dengan 61 pungutan pingat membuktikan keazaman dan kesungguhan tuan rumah membuahkan hasil. Tidak dinafikan kelebihan team Terengganu kerana memiliki 8 jentera bot yang membolehkan program latihan berterusan tanpa halangan, ada juga beri pendapat air masin mempunyai ketumpatan berbeza dengan air tawar jadi kondisi bot adalah lebih terapung dan kawalan bot mungkin sedikit berbeza. Pengalaman tersebut mungkin menjadi lebih mudah bila memandu dilaluan air tawar, atau mungkin sebaliknya. Kejohanan kebangsaan nanti akan menjawab persoalan yang timbul. Gravitation dalam air tawar mungkin juga sukar diselesaikan kalau tak masakan Muhamad Azri yang telah menjadi pilot sejak 2004 dan sehingga sekarang masih menghadapinya.
'Kena Post Mortem'