Jumaat, 20 November 2009

Borang Pendaftaran 2010

Assalamulalikum Tuan/puan/atlet/pilot/AJK Petra,

Mudah-mudahan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. dalam menjalani kehidupan seharian.

Untuk makluman tuan/puan/atlet/pilot/AJK Petra, Allahamdulillah, akhirnya Persatuan Sukan Air Bermotor Putrajaya (PETRA) telah diluluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Baru-baru ini dua wakil persatuan telah bermesyuarat dengan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan bersetuju menghantar kontijen Formula Future di SUKMA Melaka dijadualkan pada bulan Jun tahun hadapan. Saya bagi pihak persatuan telah pun mengemukakan bajet untuk SUKMA dan insyaAllah kalau tiada halangan persatuan akan memiliki bot sendiri menjelang awal tahun hadapan. Bagi tujuan mengemaskini data atlet/pilot dalam database, telah die-mail borang pendaftaran formula future untuk tahun 2010.

Maklumat dalam borang pendaftaran ini penting untuk urusan komunikasi dan senarai lengkap perlu dikemukakan kepada MSWP, JBSWP, JPP dan PPj. Saya sedang berusaha dengan pihak Perbadanan untuk mencari tempat yang sesuai secara tetap bagi tujuan latihan sepanjang tahun untuk persediaan kejohanan SUKMA dan juga Kebangsaan 2009. Untuk makluman, borang ini hanya dikhaskan kepada atlet/pilot yang mewakili Putrajaya pada tahun 2008 (kedudukan 1-2 dan 3(sekiranya ada)) dan pilot baru dari kelas 1 (8-9 thn)sahaja. Pilot baru dari lain-lain kelas akan di isi sekiranya terdapat pilot dari tahun 2008 telah menarik diri atau tidak berkemampuan atau prestasi kurang memuaskan setelah dinilai oleh AJK Pemilihan dan Teknilal persatuan berdasarkan sistem latihan yang diamalkan oleh pihak PESUAM.

Supaya perancangan berjalan lancar, sila hantar borang permohonan kepada Setiausaha Kehormat atau Presiden persatuan pada atau sebelum 30 November 2009( Isnin) untuk tindakan selanjutnya, sekiranya borang tidak dikemukakan selepas tarikh tersebut persatuan menganggap atlet/pilot telah menarik diri dan carian pilot gantian akan dilakukan sepanjang bulan Disember. Ibu/bapa akan dimaklumkan juga melalui SMS dalam tempoh terdekat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

MOHAMED RAHAIZAH MAT SAMAN
Presiden, PETRA (019-3091848)

c.c. : Setiausaha Kehormat : (019-3990679)