Jumaat, 20 November 2009

anugerah sukan MSWP 2008

Terkilan juga bila dapat tahu MSWP terlepas pandang Formula Future tercicir dari pencalonan pada bulan Jun lepas, kerana atlet/pilot Putrajaya mewakili negara ke Italy malah bawa pulang pingat untuk negara. Apa pun terima aje kenyataan dan berharap tahun depan kita tidak tercicir dari pencalonan anugerah sukan ini.

Persatuan mendapat jemputan 10 orang untuk hadir pada majlis anugerah ini yang diadakan pada 25 Nov (Rabu) nanti, jam 8.00 malam di dewan Puspanitapuri, Presint 10. Teringat akan jasa, sumbang bakti dan sokongan beberapa AJK persatuan penaja Formula Future WP 2008 dibelakang Presiden sehingga PETRA dilahirkan, maka saya mencadangkan supaya AJK penaja 2008 dan anak/atlet mereka dijemput pada majlis itu. Harap AJK PETRA baru jangan berkecil hati pula kerana koata hanya 10 orang sahaja dari setiap persatuan.

Majlis ini akan dihadiri oleh YB Timbalan Menteri, KSU, Pengarah MSWP dan semua wakil persatuan yang mewakili WP. Antara aturcaranya penyampaian anugerah sukan, tarian, nyanyian dan lain-lain, yang pastinya ada makan-makan dan berharap perjumpaan ini boleh mengeratkan silaturrahim dan perbincangan positif dalam keadaan santai untuk kemajuan PETRA. Saya akan SMS pada yang berkenaan dan sekiranya ada yang menolak kerana ada urusan lain, rakan-rakan PETRA yang lain akan dijemput mengantikannya.