Isnin, 24 Ogos 2009
TAHNIAH, PETRA telah lulus pada 17 Ogos 2009!
Salam dan selamat berpuasa, PPS telah meluluskan pendaftaran PETRA dalam mesyuarat PPS pada 17 Ogos yang lepas. Sijil akan disampaikan secara rasmi dalam upacara khas yang akan diadakan dalam tempoh terdekat kelak. Saya cuti sakit sejak 2 minggu lepas oleh itu tiada sebarang berita yang dikemaskini dalam blog persatuan. Agak mengembirakan kerana proses pendaftaran hingga lulus tidak sampai 2 bulan, dalam lingkungan 46 hari sahaja (3 Julai - 17 Ogos). Terima kasih pada pn. Norhana yang sentiasa berhubung dan memberi kerjasama yang sewajarnya dalam proses kelulusan PETRA ini.