Jumaat, 7 Ogos 2009

Anggota Baru PETRA



PETRA akan menerima kehadiran seorang lagi ahli baru Sdr. Mohammad Mohsein Zulkiflee, berjawatan Pembantu Belia dan Sukan Perbadanan Putrajaya yang bersedia menghulurkan sumbang bakti pada persatuan kerana minat, kesungguhan dan keikhlasan secara sukarela dalam sukan air bermotor ini. Latarbelakang beliau memang seorang atlit cemerlang dalam Silat Olahraga, Karate da Taekwando. Tugas hakiki beliau adalah menyelaras acara-acara sukan air dikompleks Sukan Air Presint 6 dan Presint 8. Beliau akan dijemput dan dilantik secara rasmi dalam mesyuarat PETRA pada minggu hadapan. Semoga kehadiran beliau dapat memberi sumbangan besar dan bermakna pada PETRA.