Khamis, 14 Julai 2011

Formula Future Kebangsaan 14-17 Julai 2011

Hari ini 14hb Julai jam 9.00pg. akan bermula pertandingan formula future kebangsaan, berlansung di kompleks sukan air, presint 6, Putrajaya. Team WP Putrajaya bersandarkan 10 pilots terbaik terdiri dari pilot lama yg berpengalaman dan pilot baru dari kelas 1. Pada 12hb. jam 9.30 mlm. majlis penyampaian sijil/elaun dan t-shirt telah disempurnakan di Putrajaya turut dihadiri dan disampaikan oleh en. Rosmene dan Zabrina dari Jab Belia Dan Sukan WP Kuala Lumpur.

Pilots/atlit Putrajaya;

Muhamad Amirul Yahaya - class 01
Nur Hazirah Sabidi - class 01
Farah Dhaniyah Mohd Aidi - class 02
Hadi Irfan Mohd Rahaizah - class 02
Muhamad Azwar Yahaya - class 03
Nor Haizatul Sabidi - class 03
Muhamad Azri Yahaya - class 04
Mohd Hafizz Mohd Towfik - class 04
Muhamad Azwan Yahaya - class 05
Muhammad Faris Noor Hamzah - class 05

Selamat berjuang dan semoga beroleh kejayaan cemerlang! Road to Russia!!

Khamis, 14 Januari 2010

pertunjukan DYMM Raja Perlis

Pada 4-9 Januari lepas dua orang wakil Putrajaya telah ke Perlis untuk menunjukkan demontrasi dihadapan DYMM Raja Perlis yang berkenan menyaksikan sukan air bermotor yang bertaraf dunia ini, Hadi Irfan dari kelas 1 dan Azri Yahya dari kelas 3 merupakan pilot Putrajaya yang terpilih untuk menjayakan aktiviti ini bersama-sama 6 orang pilot dari Terengganu. Tahniah dan syabas!

Sabtu, 26 Disember 2009

Usahasama MIAT dan PETRA

Tidak banyak perkara yang dapat boleh dibuat pada hujung tahun ini kerana peruntukkan belum diperolehi dari agensi kerajaan yang telah dipohon. Tetapi ada juga aktiviti kursus anjuran Majlis Sukan Wilayah dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Saya dan Sdr. Sabidi telah selesai menamatkan kursus 'Kecederaan Dalam Sukan' pada 8-10 Dis lepas, manakala Sdri Hanita selaku Bendahari telah menghadiri 'Seminar Juruaudit Persatuan Sukan' selama 1 hari anjuran PPS di Kuala Lumpur pada 12 Disember. Mudahan tahun 2010 memberi sinar harapan dalam sukan ini, bot 'nautic craft'yang dijanjikan akan diserah secara rasmi pada PETRA masih belum diputuskan tarikhnya, difahamkan akan dibuat secara rasmi di Perbadanan Putrajaya.

Saya telah beberapa kali berhubung melalui telefon dan SMS dengan Tn. Syed Fadzly, pensyarah dari MIAT yang ingin bekerjasama dengan PETRA untuk membuat R&D rekabentuk boat formula future. Saya sarankan TN Syed supaya berhubung dengan H2O Sports untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kajian mereka, saya ada maklumkan masalah sering berlaku pada boat RIB yang kerapkali belaku 'gravitation' satu istilah menyebabkan boat terhenti seketika semasa membuat 'manouvering', ini tidak berlaku pada boat luar negara. Oleh itu MIAT cuba kaji dan membina boat yg lebih 'aerodynamic' bagi mengatasi masalah berkenaan. Terima kasih dan syabas pada MIAT yang membuka ruang dan inisiatif untuk berbuat sesuatu yang lebih baik demi negara dan kemajuan sukan air bermotor.

Khamis, 3 Disember 2009

blog baru - waterski & wakeboard

Salam, blog baru diujudkan untuk aktiviti sukan air waterski & wakeboard Putrajaya, blog tersebut akan fokus untuk aktiviti berkenaan yang akan memuatkan berita dan gambar terkini dari masa kesemasa, oleh itu tidak lagi bercampur aduk dengan berita Formula Future sepertimana sebelum ini. Untuk melihat perkembangan semasa nanti lawatilah http://waterskiwakeboard.blogspot.com/ .

harap maklum, terima kasih.

PRESIDEN PETRA

Rabu, 25 November 2009

kursus kecederaan dalam sukan

PETRA telah mendapat jemputan dari KWP, kursus berkenaan yang akan diadakan pada 8-10 Disember 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Presint 9, Diwajibkan pada semua persatuan dengan menghantar 2 orang peserta. 2 orang AJK PETRA telah bersetuju untuk menyertainya iaitu Sdr. Sabidi Sadohan dan Muhammad Muhsein Zulkiflee. Mudahan ilmu tersebut dapat dimanfaat untuk aktiviti persatuan pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya untuk sebarang kes kemalangan kecil yang berlaku diluar jangkaan dapat ditangani dengan cara yang betul dan selamat. Terima kasih, tahniah kepada mereka berdua dan selamat berkursus!

Jumaat, 20 November 2009

anugerah sukan MSWP 2008

Terkilan juga bila dapat tahu MSWP terlepas pandang Formula Future tercicir dari pencalonan pada bulan Jun lepas, kerana atlet/pilot Putrajaya mewakili negara ke Italy malah bawa pulang pingat untuk negara. Apa pun terima aje kenyataan dan berharap tahun depan kita tidak tercicir dari pencalonan anugerah sukan ini.

Persatuan mendapat jemputan 10 orang untuk hadir pada majlis anugerah ini yang diadakan pada 25 Nov (Rabu) nanti, jam 8.00 malam di dewan Puspanitapuri, Presint 10. Teringat akan jasa, sumbang bakti dan sokongan beberapa AJK persatuan penaja Formula Future WP 2008 dibelakang Presiden sehingga PETRA dilahirkan, maka saya mencadangkan supaya AJK penaja 2008 dan anak/atlet mereka dijemput pada majlis itu. Harap AJK PETRA baru jangan berkecil hati pula kerana koata hanya 10 orang sahaja dari setiap persatuan.

Majlis ini akan dihadiri oleh YB Timbalan Menteri, KSU, Pengarah MSWP dan semua wakil persatuan yang mewakili WP. Antara aturcaranya penyampaian anugerah sukan, tarian, nyanyian dan lain-lain, yang pastinya ada makan-makan dan berharap perjumpaan ini boleh mengeratkan silaturrahim dan perbincangan positif dalam keadaan santai untuk kemajuan PETRA. Saya akan SMS pada yang berkenaan dan sekiranya ada yang menolak kerana ada urusan lain, rakan-rakan PETRA yang lain akan dijemput mengantikannya.

Borang Pendaftaran 2010

Assalamulalikum Tuan/puan/atlet/pilot/AJK Petra,

Mudah-mudahan sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. dalam menjalani kehidupan seharian.

Untuk makluman tuan/puan/atlet/pilot/AJK Petra, Allahamdulillah, akhirnya Persatuan Sukan Air Bermotor Putrajaya (PETRA) telah diluluskan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan. Baru-baru ini dua wakil persatuan telah bermesyuarat dengan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan bersetuju menghantar kontijen Formula Future di SUKMA Melaka dijadualkan pada bulan Jun tahun hadapan. Saya bagi pihak persatuan telah pun mengemukakan bajet untuk SUKMA dan insyaAllah kalau tiada halangan persatuan akan memiliki bot sendiri menjelang awal tahun hadapan. Bagi tujuan mengemaskini data atlet/pilot dalam database, telah die-mail borang pendaftaran formula future untuk tahun 2010.

Maklumat dalam borang pendaftaran ini penting untuk urusan komunikasi dan senarai lengkap perlu dikemukakan kepada MSWP, JBSWP, JPP dan PPj. Saya sedang berusaha dengan pihak Perbadanan untuk mencari tempat yang sesuai secara tetap bagi tujuan latihan sepanjang tahun untuk persediaan kejohanan SUKMA dan juga Kebangsaan 2009. Untuk makluman, borang ini hanya dikhaskan kepada atlet/pilot yang mewakili Putrajaya pada tahun 2008 (kedudukan 1-2 dan 3(sekiranya ada)) dan pilot baru dari kelas 1 (8-9 thn)sahaja. Pilot baru dari lain-lain kelas akan di isi sekiranya terdapat pilot dari tahun 2008 telah menarik diri atau tidak berkemampuan atau prestasi kurang memuaskan setelah dinilai oleh AJK Pemilihan dan Teknilal persatuan berdasarkan sistem latihan yang diamalkan oleh pihak PESUAM.

Supaya perancangan berjalan lancar, sila hantar borang permohonan kepada Setiausaha Kehormat atau Presiden persatuan pada atau sebelum 30 November 2009( Isnin) untuk tindakan selanjutnya, sekiranya borang tidak dikemukakan selepas tarikh tersebut persatuan menganggap atlet/pilot telah menarik diri dan carian pilot gantian akan dilakukan sepanjang bulan Disember. Ibu/bapa akan dimaklumkan juga melalui SMS dalam tempoh terdekat ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

MOHAMED RAHAIZAH MAT SAMAN
Presiden, PETRA (019-3091848)

c.c. : Setiausaha Kehormat : (019-3990679)

Khamis, 19 November 2009

Demo di Sabah 16 - 23 Nov 2009

4 orang pilot Putrajaya telah menyertai aktiviti demontrasi Formula Future di Sabah pada 16 hingga 23 Nov, pilot yang pergi kesana adalah Hadi Irfan, Azwar Yahya, Azri Yahya dan Faris Hamzah. 8 orang kesemuanya yang telah menang peringkat kebangsaan pada Jun lepas. Tak jadi pergi Russia tapi terbang ke Sabah terubat jugalah. Mudah-mudahan tunjukkan prestasi terbaik anda dan berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. Amin!

Formula Future ke SUKMA 2009 Melaka

Salam, sudah agak lama saya tidak updating berita dalam blog persatuan, maklumlah kerja hakiki perlu diutamakan dahulu. Pada 12 Nov lepas MSWP telah memanggil wakil persatuan bermesyuarat untuk semua acara sukan yang baru diperkenalkan semasa SUKMA Terengganu 2008 samada sanggup dan berkemampuan untuk bertanding di SUKMA Melaka yang dijadualkan pada awal bulan JUN 2009. Formula Future sudah pastinya YA! Apatah lagi persatuan baru saja diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan maka PETRA ingin membuktikan kemampuan dengan pengurusan yang lebih baik berbanding SUKMA 2008. Kata saya untuk mempertahankan Putrajaya selaku juara bertahan 2009 persatuan perlu maju kedepan dengan memiliki jentera bot sendiri, infrastruktur sudah ada hanya jentera saja yang belum. Hari Sabtu dan Isnin lepas saya dihubungi sekali lagi oleh pegawai MSWP minta saya kemukakan anggaran kos untuk pembelian jentera bot dan kos-kos lain yang terbabit, nasib baik sdr. Aidil sebelum ni telah pun minta sebutharga dari Mset, syarikat pembekal bot di Terengganu jadi mudahlah kerja saya emailkan anggaran kos. Jadi kita tunggu ajelah berita baik dari MSWP dalam tempoh terdekat.

Sabtu, 19 September 2009

Selamat hari Raya Eidul Fitri 1430H!

Saya serta keluarga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri tahun 1430H kepada semua warga PETRA, saya mohon maaf sekiranya sebarang kesilapan dan kekasaran sepanjang perkenalan kita semua samada dalam urusan rasmi persatuan atau luar persatuan. Mudah-mudahan komitmen dan tugasan kita memajukan persatuan semangatnya diteruskan demi WP Purajaya yang kita kagumi dan cintai. Dengan lulusnya persatuan pada 17 Ogos 2009 (no. daftar 3263/2009) lepas akan membuka lebaran dan kemajuan berterusan dalam sukan air bermotor khususnya Formula Future dan Waterski & Wakeboard, acara gemilang ini akan dirancakkan selepas hari raya nanti, InsyaAllah!! Akhir kata, meriahkan Hari Raya ini dengan penuh keinsafan dengan menanam tekad dan azam yang lebih baik untuk diri serta keluarga pada samada urusan seharian dan sukan bertaraf antarabangsa yang anak-anak kita sedang sedang ceburi. Wasalam.

Terima Kasih.

PRESIDEN PETRA