Khamis, 4 September 2008
Terima Kasih Pada MSWP!
Terima kasih pada Majlis Sukan Wilayah kerana sumbangan insentif SUKMA 2008 kepada pilot-pilot pasukan Formula Future WP yang dilansungkan di PICC pada 27 Ogos lepas. Walau hanya bertaraf Demo, MSWP amat bermurah hati menghadiahkan insentif hampir sama jumlah dengan sukan teras SUKMA yang lain. Tahniah kepada 6 orang penerima dari Pasukan Formula Future WP yang telah menerima purata hadiah keseluruhannya adalah RM12,500.00. Penerima terbesar adalah Mohd Faris Hamzah sebanyak RM5,000.00 dan kedua Saifulizan dengan RM3,000.00 dan Mohd Azwan Yahaya RM2,500.00. RM1,000.00 oleh Nur Izzati dan masing-masing RM500.00 oleh Mohd Azri Yahya dan Hadi Irfan. Hadiah kemenangan disampaikan oleh YB Datuk Seri Zulhasan Rafique Menteri Wilayah Persekutuan. Ribuan terima kasih pada en. M Noor Azman Taib Pengarah MSWP kerana keprihatinan beliau pada pasukan Formula Future WP.