Selasa, 12 Ogos 2008

Insentif Kepada Pemenang Pingat SUKMA

Berita gembira untuk pilot-pilot WP, saya baru terima faks dari Majlis Sukan Wilayah Persekutuan petang tadi bahawa satu majlis Penyampaian Insentif Pemenang Pingat Kejohanan SUKMA di Terengganu bulan Mei-Jun yang lepas akan diadakan di Pusat Konvesyen Presint 5 pada 27hb Ogos ini. Majlis penyampaian akan disempurnakan oleh YB Dato Menteri Wilayah Persekutuan kepada pemenang-pemenang, cuma yang tidak pasti jenis pingat sahaja, saya akan confirmkan esok. Kalau kesemua jenis pingat diambilkira bermakna 11 kali pilot-pilot Putrajaya akan naik pentas iaitu 3 emas, 5 perak dan 3 gangsa. Saya akan maklumkan pada AJK Persatuan, 12 orang pilot-pilot yang terlibat untuk menghadiri majlis tersebut. Terima kasih Majlis Sukan Wilayah yang prihatin dan mempertimbangkan permohonan insentif oleh persatuan walaupun sukan ini bertaraf demo sahaja di SUKMA.